Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

24th February 2020
in Artis, Viral
[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik
609
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bersiaran selepas I Can See Your Voice Malaysia Musim 3, rancangan Senang Terhibur 2020 yang dikendalikan oleh Jihan Muse beserta Shuk Sahar nampaknya semakin mencuri perhatian. Dengan menjemput beberapa artis tempatan untuk sama-sama memeriahkan malam Ahad rakyat Malaysia, ternyata rancangan ini terus mengukir tawa terutamanya pada episod malam tadi. Bersiaran selama 1 jam, ternyata segmen yang diberikan nama ‘Cuba Kau Rasa’ adalah yang paling lawak.

BACA : [VIDEO] Suami Konon Sweet Hadiahkan Phone, Isteri Terciduk 2 Kali Kena Prank

Whisper Challenge…Kena teka sebaris ayat

Gandingan 4 orang penyanyi iaitu Tomok, Aepul Roza, Neeta serta Myo Oh Chentaku dalam menjayakan slot tersebut nampaknya mendapat respon positif daripada netizen. Keempat-empat artis berkenaan telah memakai headphone dengan lagu bising agar pendengaran mereka terganggu daripada bunyi luar. Dalam masa sama, orang yang berada di hadapan sekali akan meneka sebaris ayat yang diberikan oleh pengacara sebelum ia disampaikan kepada orang terakhir.

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

Semua bagi jawapan merapu

Malangnya apa yang hendak disampaikan terus menyimpang jauh daripada sebutan asal. Meskipun mereka gigih membuat pelbagai gerak tubuh demi memastikan rakan seterusnya memahami ayat sebenar, namun jawapan yang diberikan oleh orang terakhir benar-benar merapu.

Serius lawak…Semua sporting

Bukan sahaja penonton, malahan Jihan sendiri gagal menahan ketawa apabila melihat aksi-aksi semua penyanyi ‘pekak’ dalam whisper challenge ini. Menjengah ke ruangan komen juga, rata-rata netizen memuji kelucuan episod semalam selain menyifatkan semua artis tersebut adalah sporting.

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

Sumber : Youtube TV9MALAYSIA official

Tags: Jihan Musekau rasamerapumyo oh chentakusenang terhiburshuk sahartekatv3whisper challenge
Next Post
[VIDEO] Lain Disebut Lain Pula Diteka, Berdekah Tengok Artis Main Game Berbisik

[VIDEO] Di Sebalik Majlis Aqiqah Anak Sulung, Baju Anzalna Pula Jadi Perhatian

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)