Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya

1st September 2019
in Gaya Hidup
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tidak pastilah sama ada trend atau memang tujuan untuk mengajar anak-anak tetapi sekarang semakin ramai ibu bapa suka memarahi anak-anak secara terbuka. Dalam hal ini, mereka bukan sahaja menegur anak-anak secara terang-terangan di hadapan orang lain, malah memuat naik ke media sosial. Tindakan seumpama itu sebenarnya memberi ruang kepada masyarakat dunia untuk melihat kekurangan dan menghakimi anak-anak. 

BACA: 591 Hari Sudah Pergi, Tapi Anak Masih Gigih Bawa Potret Ibu Teman Daki Gunung

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Kredit foto Harian Metro

Menurut seorang Profesor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T Gershoff, perbuatan sebegini tidak sepatutnya dilakukan kerana ibu bapa tidak mempunyai hak untuk mengawal sebarang komen yang dilontarkan. Jika komen tersebut berbentuk negatif, maka emosi anak-anak akan terjejas. Berikut adalah kesan daripada perbuatan ‘child shaming‘. 

Anak berasa tertekan & malu

Jika ibu bapa berkongsi perbuatan anak-anak di media sosial, maka perkara ini akan sampai ke pengetahuan kawan-kawan, guru atau kenalan di sekolah. Tidak mustahil jika anak-anak pula akan menjadi bahan ejekan, usikan dan gurauan sehingga mereka berasa malu dan tertekan. 

Kesan jangka panjang

Sesebuah video yang dimuat naik akan kekal selagi ia tidak dipadamkan. Hal ini akan memberi kesan jangka panjang kerana selagi orang menonton video tersebut, maka kisah itu akan selalu menjadi perbualan. 

Hanya berdisiplin depan ibu bapa

Tindakan sedemikian membuatkan anak hanya berdisiplin dalam tempoh sementara kerana mereka tidak mahu ditularkan lagi. 

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Gambar sekadar hiasan

Hilang hormat dan tidak puas hati

‘Child Shaming‘ ini akan menuai perasaan marah dan sedih dalam diri anak yang akhirnya membuatkan mereka hilang hormat gara-gara tidak berpuas hati.

Menjejaskan keyakinan

Pendedahan yang dimuat naik di media sosial akan bertahan lama dan dalam beberapa detik saja boleh tersebar ke seluruh dunia. Hal ini menyebabkan keburukan anak anda akan diketahui oleh ramai orang dan sentiasa menjadi sasaran sindiran dan cacian. 

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Harian Metro

Tags: anakdedaherin sakuraibu bapajangan amalkan marahkanak-kanakkisah duniamalumedia sosialpostProfesorupdate

Related Posts

Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Gaya Hidup

Anak Baru Berusia Kurang 5 Bulan, Bapa Tenang Bawa Pergi Hiking Tanpa Carrier

6th February 2023
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Cinta & Perhubungan

Isu Poligami, Suami Aleeya Ulas – “Jika Tambah 2 3 Bini, Lintang Pukang Hidup”

1st February 2023
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Cinta & Perhubungan

Sanggup Rampas Suami Orang, Pelajar Mata Duitan Nekad Goda Pensyarah Sendiri

27th January 2023
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya
Gaya Hidup

Bising Buat Live Tiktok Sampai Ganggu Jiran, Wanita Terkejut Tiba-Tiba Dijerkah

26th January 2023
Next Post
Jangan Amalkan Marah Anak & Post Ke Media Sosial.. Profesor Ini Dedah Kesannya

[FOTO] Mahu Hari Bahagia Anda Lebih Unik? Cubalah 7 Tema Photoshoot 'Rare' Ini!

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)