Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Hiburan

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

3rd October 2019
in Hiburan
“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini, penyampai radio berpengalaman iaitu Isma Halil Hamzah telah mengkritik cara penyampaian pendatang baru yang gemar ‘buat lawak gelak sendiri’. Malah Isma juga memberi teguran kepada mereka bahawa radio bukanlah untuk berhibur semata-mata tapi menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat. Kritikannya itu turut mendapat perhatian penyampai radio ERA FM iaitu Johan Raja Lawak menerusi laporan Harian Metro.

BACA : “Buat Lawak Gelak Sendiri” – DJ Isma Halil Selar Cara Penyampai Radio Sekarang

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Inilah trend terkini

Johan menegaskan bahawa zaman sentiasa berubah dan cara penyampaian radio juga berbeza mengikut peredaran masa. Hal ini kerana ia terpulang kepada penyampai radio masing-masing untuk berhibur.

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Menurut pelawak berusia 46 tahun ini, disebabkan cara seperti itulah ERA FM kekal sebagai stesen radio nombor satu negara selama 9 tahun berturut-turut dan memiliki tujuh juta pendengar setia. Tambah Johan, dia bukanlah ‘syok sendiri’, namun cara penyampaian di radio mengikut trend pendengar.

Ini bukan lagi zaman terdahulu apabila penyampai radio mainkan lagu dan bercakap, kemudian putarkan lagu semula.

Saya akan tua suatu hari nanti sama seperti Isma Halil

Jelasnya lagi, penyampai radio perlu menampilkan kelainan mengikut apa yang pendengar suka berikutan sasarannya adalah golongan remaja. Malah Johan sentiasa beringat bahawa dia akan tua suatu hari nanti sama seperti Isma Halil. Namun begitu, stesen radio tetap akan sentiasa muda dan fresh.

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Pegang cara penyampaian radio zaman lalu sudah tiada

Johan memberitahu dia tidak tahu sama ada akan menyertai perubahan tersebut atau kekalkan mengikut cara sendiri kerana ia terpulang pada dirinya. Walau bagaimanapun, dia tetap hormat pandangan Isma Halil kerana setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Sumber : Harian Metro

Tags: era fmjohanpenyampairadio
Next Post
“Itu Cara Kami..” – DJ Baru Radio Dilabel ‘Syok Sendiri’, Johan Beri Respon

Dihentam Konon Salah Fakta Bilangan Anggota BTS, Alif Satar Beri Respon Padu!

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)