Utama Artis Isu Kasari Ex-Tunang Berpihak Pada Dirinya, Syafie Syukur & Akui Berkat Doa...

Isu Kasari Ex-Tunang Berpihak Pada Dirinya, Syafie Syukur & Akui Berkat Doa Ibu

Sekitar bulan Julai lalu, Syafie Naswip mengumumkan bahawa dia telah putus tunang dengan aktres terkenal, Aishah Azman. Segalanya bermula apabila Aishah mendakwa dirinya bertindak kasar serta telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Tidak cukup dengan itu, Aishah turut membuat tuduhan bahawa bekas tunangnya itu sedang mempunyai suatu hubungan songsang dengan lelaki lain.

BACA : “Perempuan Ni Queen Control” – Netizen Speku Perangai Pelik Ex Tunang Syafie

Syukur dengan keputusan siasatan

Menerusi laporan portal Astro Gempak, pelakon berusia 27 tahun ini meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut yang berpihak kepada dirinya. Malah ia juga telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat adalah tidak benar.

Tiada Tindakan Lanjut sebab tiada keterangan yang mencukupi

Namun selepas siasatan terperinci dijalankan dan Syafie secara sukarela tampil memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan bahawa ianya Tiada Tindakan Lanjut (TTL). Hal ini kerana tidak ada keterangan yang mencukupi. Sementara itu, pihak Astro Gempak turut menghubungi peguam Syafie iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah untuk mendapatkan pendapatnya.




Kredit Foto : Astro Gempak

Sangat lega tapi tidaklah sampai nak melompat

Dalam pada itu, aktor yang mula popular menerusi filem ‘Mukhsin’ berkenaan sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada ahli keluarga serta peminatnya. Hal ini disebabkan mereka tidak putus-putus mengirimkan kata-kata semangat menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial lain. Malah Syafie sempat bersoloroh bahawa dia tidak melompat kegembiraan walaupun lega dengan keputusan tersebut seperti yang dilakukan oleh Aishah dalam temu bual bersama portal hiburan lain baru-baru ini.

Sumber : Astro Gempak

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI