Utama Hiburan "Nampak Macam Kurang Didikan Tapi Tau Tak Dia Selalu Nangis Sebab..."

[VIDEO] “Nampak Macam Kurang Didikan Tapi Tau Tak Dia Selalu Nangis Sebab…”

Baru sahaja berumur 23 tahun, salah seorang rapper bernama MK (nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin) yang dikenali menerusi kumpulan K-Clique nampaknya diterjah populariti melambung. Saban hari, ada sahaja berita tentang dirinya yang menjadi viral sehingga menarik perhatian ramai. Melihat kepada semua lagu hip hop yang pernah dinyanyikan oleh pemuda kelahiran Sabah berkenaan, dia memang sangat dikenali dengan pembawaan imej bad boy di kalangan peminat.

BACA : Video Sweet Dengan Awek Viral MK K-Clique Kata Itu Mungkin Kakak Atau Ibunya

Korang nampak macam dia kurang didikan agama tapi…

Namun begitu, perkongsian oleh seorang gadis dengan akaun Twitter @Syafi seolah-olah mendedahkan satu sisi lain rapper berkenaan. Meskipun kelihatan seperti ‘nakal’, MK sebenarnya seorang anak yang melayani ibunya dengan penuh kasih sayang.




Ibu dia adalah segalanya…

Bukan sekadar menetapkan nama ibunya sebagai ‘syurga’ di contact list, malahan dia adalah seseorang yang selalu mengalirkan air mata apabila membuat panggilan video dengan wanita kesayangannya itu. Selain itu, hubungan silaturrahim dengan orang sekeliling juga amat dijaga olehnya.

Ada saja tak betul macam dia ganggu hidup kamu




Dikongsikan sejak 22 Oktober lalu, perkongsian Syafi sudah meraih hampir 9,000 jumlah retweet setakat ini. Malangnya, dia mula menerima dakwaan bahawa dirinya agak keterlaluan dalam memberi pujian. Oleh itu, gadis itu menegaskan dirinya hanya mahu memberitahu fakta sebenar memandangkan begitu ramai yang pernah memberikan kecaman terhadap MK selama ini.

Aku suka dengar dia cakap…Dalaman dia kita tak tahu

Niat sebenar Syafi hanya mahu menonjolkan sisi baik penyanyi Hip Hop tersebut dan itu tidak bermakna dia merupakan seorang peminat fanatik. Meskipun ada yang memberikan respon buruk, masih ramai menitipkan kata-kata positif tentang perkongsian berkenaan.

Sumber : Twitter Syafi, Hairi Whutt dan Kie Razid

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI