Terbaru menerusi rancangan ‘Famili Duo’, pasangan duet Naim Daniel dan Sissy Imann teruk dikritik oleh juri Mas Idayu gara-gara merasakan persembahan yang dilakukan mereka tidak capai jangkaan. Bahkan penyanyi lagu ‘Bebas’ itu gagal mengawal air mata sebelum berkali-kali ditenangkan oleh pengacara rancangan berkenaan iaitu Janna Nick.
BACA:Â Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
@aswadcici mami mas idayu marah naim daniel dan sissy iman di famili duo tv3 ðŸ˜#familiduo #familiduotv3
Lesap segala keterujaan untuk release album terbaru pada awal Februari nanti
Susulan daripada kritikan pedas tersebut, Sissy yang telah merancang untuk melancarkan album terbarunya pada awal Februari malah terus batalkan niat berkenaan. Menurutnya, segala keterujaan yang dirasai sebelum ini bagaikan lenyap sejurus menerima teguran sebegitu. Difahamkan, kini album tersebut akan dijual dengan harga yang murah sekadar mahu menanggung sebahagian kos pencetakan sahaja.
Itulah adat pertandingan…Tak mengapa, saya ada
Sejak daripada kejadian tersebut, Naim dilihat berusaha menjadi penguat buat Sissy Iman. Bahkan menerusi sebuah posting di akaun Instagram semalam, dia sempat meluahkan kata-kata pujukan agar sepupunya tidak terus berasa sedih dengan hal berkenaan. Pemilik lagu ‘Sumpah’ itu sempat meminta agar penyanyi wanita itu terus cekal berjuang bagi melalui beberapa minggu sebelum ke final ‘Famili Duo’.
https://www.instagram.com/p/CnzBwd-hph7/?utm_source=ig_web_copy_link
Tak apa, well done... Awak dah buat tugasan tu dengan baik sekali
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat tidak jemu memberikan kata-kata semangat buat pasangan duet berkenaan. Selain itu, masing-masing berharap agar Sissy dan Naim akan terus bangkit untuk menghiburkan para penonton pada episod ‘Famili Duo’ akan datang.
Masing-masing percaya bahawa Sissy mempunyai bakat serta suara yang sangat unik untuk dipersembahkan kepada semua peminat. Bahkan turut berharap supaya penyanyi wanita itu terus teguh melangkah dalam dunia seni.
Selain itu, ada yang percaya bahawa pemilihan lagu pada malam berkenaan juga menjadi salah satu faktor Sisssy dan Naim gagal pikat hati juri. Mereka turut terpegun dengan keindahan bahasa penyanyi muda tersebut.
Kredit: Tiktok aswadcici, Instagram naimdanielx & sissyimann