Viral

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’
Rasaflix

Sharing is caring!

Semalam drama ‘Maaf Tak Indah’ yang bersiaran di TV3 akhirnya melabuhkan tirai 18 episod dengan jayanya. Gandingan di antara Azlee Khairi (Raimie) dan Azr Azmi (Syazan) buat kali pertama nampaknya membuahkan hasil. Setiap kali bertayang, penonton akan disajikan dengan adegan yang membuatkan emosi teruji. Tidak ketinggalan, baru-baru ini seorang lelaki bernama Mohd Fhais sempat mendedahkan kisah lucu bersama isteri mengenai drama berkenaan.


BACA : Rumah Tangga Yang Bahagia Banyak Gaduh Sebenarnya, Tak Berhenti Memaafkan

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Orang perempuan memang cepat sentap

Sekitar 2 hari lalu, Mohd Fhais sedang sedap menonton rancangan lain di televisyen rumah mereka. Tiba-tiba, si isteri datang sambil membuat gaya manja kononnya mahu menukar siaran bagi menyaksikan drama arahan Zamri Zakaria itu. Namun permintaan tersebut tidak dilayan dan tanpa disangka, wanita kesayangannya itu mula terasa hati sebelum merajuk selama beberapa hari. Meskipun kelihatan seperti isu remeh saja, namun lelaki ini akhirnya dapat membaca isi hati sebenar orang rumahnya ketika itu.

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Merajuk sebab bahasa cinta dia dikhianati

Tidak dapat menonton drama kegemarannya bukanlah sebab utama mengapa dia tersentap. Menurut Fhais, sebenarnya si isteri hanya mahukan sedikit ‘layanan ekslusif’ untuk rasa dihargai. Bagi memastikan isteri terus bahagia dan ceria, lelaki berkenaan turut menegaskan tentang kepentingan mengenalpasti ‘bahasa cinta’. Tidak kira dalam apa juga situasi sekalipun, wanita cuma mahukan layanan istimewa daripada syurga mereka.


Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Sumber : Facebook Mohd Fhais

 

 

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Isteri Sentap Sebab Tak Dapat Tonton Drama, Hebatnya Penangan ‘Maaf Tak Indah’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram