Viral

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis
Rasaflix

Sharing is caring!

Selain penghidap koronavirus yang kini hanya mampu berkurung di rumah mahupun di pusat rawatan, sebenarnya ada satu lagi pihak yang banyak berkorban demi memerangi wabak berkenaan. Pihak yang dimaksudkan adalah petugas kesihatan yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas mereka bagi melindungi masyarakat. Rentetan itu, ada yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan tidak berkesempatan pulang ke rumah.


BACA : Catat Angka Tertinggi Covid-19, Pantai Hong Kong Tercemar Dengan Mask Terpakai

Jarang nak tengok Jae-suk menangis

Perkara yang sama turut menimpa seorang jururawat wanita dari Korea Selatan. Seperti yang kita tahu, sehingga kini negara berkenaan berdepan dengan lebih 7,869 case dan 72 angka kematian. Kebanyakan lokasi pelancongan juga sudah ditutup daripada kunjungan awam membuktikan bahawa keadaan di sana semakin meruncing. Dalam masa sama, kisah yang dikongsikan oleh petugas kesihatan ini telah meruntun jiwa ramai termasuklah salah seorang ahli Running Man popular, Yoo Jae-suk.

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

Tampil secara sukarela berkhidmat ketika musim koronavirus

Sejak semalam, video temubual yang dilakukan bersama teman seangkatannya iaitu Jo Se-ho nampaknya mendapat perhatian ramai. Difahamkan, jururawat tersebut tampil secara sukarela untuk memberikan khidmat bakti bagi merawat semua penghidap koronavirus. Meskipun keluarganya sedikit kecewa dengan keputusan berani berkenaan, namun wanita ini menyifatkan ia sebagai satu tuntutan tanggungjawab kepada masyarakat.


Keluarga pertikai kenapa nak pergi berkhidmat?

Tidak tahan setelah mendengar luahan hati jururawat berkenaan, Jae-suk gagal menahan sebak seterusnya menggugurkan air mata. Meskipun wanita berkenaan kelihatan tabah dan kuat, namun dia sendiri meluahkan hasrat untuk bertemu dengan keluarganya. Di hujung video sebak berkenaan, pengacara terkenal itu turut mengucapkan ribuan terima kasih bagi menghargai pengorbanan semua petugas kesihatan yang sedia berkhidmat apabila negara berdepan situasi mencemaskan sedemikian rupa.


[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

Sumber : Twitte chimjimkr

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Nurse Derita Berpisah Dengan Family Demi Rawat Covid-19, Jaesuk Nangis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram