Berita Semasa

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, isu penggunaan serai sebagai penyedut minuman kecoh dibahaskan di segenap ruangan media sosial. Menyorot kronologi, bahan tersebut mampu bertindak sebagai alternatif baru untuk menggantikan straw konvensional sekali gus mengurangkan penggunaan bahan plastik secara keseluruhannya. Meskipun inisiatif itu mendapat tanda sokongan, namun ia turut mendapat tentangan daripada golongan masyarakat yang selesa memakai penyedut minuman sedia ada.

BACA: Jangan Sesuka Hati Nak Bagi Anak Orang Makan Minum Itu Ini, Boleh ‘Seizure’

Pelajar UMP hasilkan inovasi straw pokok kercut

Terbaru, sekumpulan pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah berjaya menghasilkan sejenis straw daripada ‘pokok kercut’. Memetik laporan portal BH Online, inovasi daripada tumbuhan akuatik itu bukan saja terbukti sesuai dan selamat untuk digunakan. Menariknya, ia juga bersifat mesra alam kerana terurai secara semula jadi dalam tempoh antara 1 hingga 2 minggu.

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna
Kredit foto: BH Online

Serai tak sesuai jadi straw jika dibandingkan dengan kercut

Hasil inovasi tersebut ternyata disokong oleh beberapa pihak kerana serai lebih sinonim sebagai ramuan masakan. Menurut pengendali akaun Facebook Norul Ridzuan ini, pokok kercut (Lepironia articulata) lebih sesuai dijadikan sebagai penyedut minuman berdasarkan aspek ciri fizikal yang terdapat padanya. 

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna
Gambar sekadar hiasan
Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna
Gambar sekadar hiasan

Orang Malaysia gelak…tapi Thailand buktikan tak mustahil

Selain negara Vietnam, rupa-rupanya Thailand juga telah memanfaatkan sumber tumbuhan tersebut memandangkan mereka giat membanteras penggunaan plastik. Menerusi perkongsian oleh saudara Aliff Ikram yang berkunjung ke wilayah Phuket baru-baru ini, dia berpendapat bahawa masyarakat tempatan perlu berfikiran terbuka dan berusaha mengurangkan kadar pencemaran. Lelaki berkenaan sempat memuat naik foto minumannya di sebuah restoran sebagai bukti aplikasi straw terbabit.

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Straw tu bukan jenis serai yang ditanam belakang rumah..

Menjengah ke ruangan komen berita pencapaian pelajar UMP pula, rata-rata netizen dilihat mengucapkan tahniah atas penyelidikan bermakna itu. Selain mengharapkan agar konsep bahan semula jadi berikut diguna pakai secara meluas, sesetengah daripada mereka juga memberi penerangan bahawa tumbuhan itu adalah jauh berbeza dengan serai biasa.

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Sumber: FB Norul Ridzuan Zakaria Din, Muhammad Aliff IkramBH Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Inovasi Straw Bukan Jenis Serai Ditanam Belakang Rumah, Thailand Dah Lama Guna

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram