Jangan Sesuka Hati Nak Bagi Anak Orang Makan Minum Itu Ini, Boleh ‘Seizure’

Anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai. Oleh sebab itu, setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan membesar dengan baik. Walau bagaimanapun, ada kalanya tabiat sesetengah individu yang bertindak menyuap anak orang dengan sebarang makanan atau minuman boleh mendatangkan kemudaratan. Malah sikap seperti ini juga seolah-olah dianggap perkara biasa dalam melayan kerenah kanak-kanak tersebut. 

BACA: Kanak-Kanak Tercekik Duit Syiling 20 Sen, Ibu Kongsi Detik Cemas

Budak setahun 8 bulan seizure gara-gara diberi minum kopi

Menerusi satu perkongsian oleh Nur Bakar, seorang kanak-kanak telah terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan setelah mengalami seizure. Budak berusia setahun lapan bulan tersebut dipercayai telah diberi minum air kopi yang tidak diketahui kuantiti tanpa pengetahuan kedua ibu-bapanya. Menurut wanita tersebut, dia ternyata kecewa dengan sikap sesetengah individu yang sesuka hati memberi makan atau minum kepada anak orang lain tanpa izin. 

Advertisement

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sistem penghadaman & pencernaan masih belum matang

Perlakuan tersebut bukan sahaja memudaratkan kanak-kanak berkenaan malah turut memberi kesan kepada ibu bapa mereka selaku penjaga yang lebih berhak. Menurut seorang dietitian dikenali sebagai saudari Faizal, kanak-kanak di usia lingkungan satu tahun masih lagi mempunyai sistem penghadaman serta pencernaan yang belum matang. Justeru itu, jenis-jenis makanan yang diambil oleh mereka adalah terhad dan perlu dikawal sebaiknya. 

Gambar Sekadar Hiasan

Apa-apa yang disuap sesuka hati boleh datangkan risiko tinggi

Malah, ada juga bayi yang mempunyai sejarah perubatan sendiri seperti masalah eczema, allergy, asthma dan sebagainya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti ini cenderung untuk berada dalam keadaan agak teruk sekiranya silap mengambil makanan salah. Ditambah pula dengan sistem imunisasi mereka yang masih rendah. 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Nur Bakar & Faizal 

Advertisement

Advertisement