Apabila bercakap soal rezeki anak, tak semua keluarga beruntung memiliki zuriat ramai. Walaupun keluarga lebih meriah dengan gelagat anak-anak, tapi bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan semuanya. Antaranya adalah ketika ingin ajak mereka merakam gambar kenangan bersama. Ditambah pula kalau anak kuat meragam, pening kepala ibu dan ayah dibuatnya.
BACA: Jurufoto Kongsi Gambar Mempelai 2 Sejoli, Tapi Inainya Pula Yang Jadi Perhatian
Ibu tak menang tangan kumpulkan anak-anak…ayah pula gigih cari angle untuk rakam gambar terbaik
Menerusi aplikasi Tiktok, Puan Nurul Fazliana dilihat gigih mengumpulkan anak-anak kecilnya walaupun dalam keadaan sarat hamil semata-mata untuk mengambil gambar sewaktu keluarganya bersiar-siar. Apa yang menjadi perhatian, suaminya malah kelihatan gigih merakam gambar sehingga merendahkan badan dan kadangkala mengundur beberapa langkah demi mendapatkan angle gambar yang menarik serta memuatkan semua ahli keluarganya tersebut.
@kyliahq72 Bukan senang weh nok buleh ke ambik gambooo🤣🤣🤣 papa berjuang berkorban demi sekeping gambar🤣
Susah nak dapat gambar kalau ‘rakyat jelata’ terlampau ramai…sangat beruntung & moga murah rezeki
Selain meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen juga terhibur menyaksikan gelagat kedua-dua suami isteri berkenaan dalam video berdurasi 15 saat tersebut. Kebanyakan mereka kagum dengan aksi lucu anak-anak mereka yang pandai posing secara spontan. Dalam pada itu, mereka juga mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia ini serta dipermudahkan urusan Puan Fazliana untuk menimang seorang lagi cahaya mata selepas ini.
Sumber: TikTok Nurul Fazliana