Berita Semasa

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Sharing is caring!

Walaupun musibah COVID-19 sedang merebak ke seluruh dunia, tetapi penularannya menurun dengan ketara di China sejak minggu lepas hasil pelaksanaan langkah ketat yang mengawal pergerakan manusia dan trafik termasuklah perintah berkurung. Trend itu bukan sahaja melegakan rakyat negara Tembok Besar berkenaan, malah turut menarik perhatian pakar dari seluruh dunia demi melaksanakan kaedah terbaik bagi memutuskan rantaian jangkitan itu.

BACA: Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik
Gambar sekadar hiasan

Raikan kebebasan COVID-19…pasar kembali tawarkan daging haiwan eksotik

Namun begitu, kegembiraan bebas daripada wabak COVID-19 di China nampaknya juga telah membuatkan masyarakat tempatan tidak sabar-sabar kembali untuk menjamah hidangan eksotik setelah sekian lama ‘berpuasa’. Menurut laporan portal Daily Mail, ribuan pelanggan didakwa berpusu-pusu ke sebuah indoor market di wilayah Guilin pada Ahad lalu bagi meraikan kejayaan bebas daripada pandemik tersebut.

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Kelawar juga kembali dijual di pasaran

 

Difahamkan, terdapat banyak sangkar yang mengurung pelbagai spesis haiwan ditemui di sana. Dalam pada itu, penjual ubat tradisional juga dikatakan kembali mempromosikan kelawar, kala jengking dan beberapa haiwan lain di bandar Dongguan. Malah situasi yang sama sebelum penularan koronavirus dikatakan berulang apabila China mula melonggarkan perintah lockdown dan rakyatnya diseru melakukan aktiviti harian seperti sediakala untuk memacu semula ekonomi.

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Amerika Syarikat pintas China…paling banyak rekod positif COVID-19

Terdahulu, wabak yang masih belum mempunyai sebarang vaksin itu dikatakan berpunca dari sebuah pasar basah Wuhan yang terkenal dengan penjualan haiwan eksotik sebagai hidangan makanan. Berdasarkan laporan semasa pula, China telah dipintas oleh Amerika Syarikat yang muncul sebagai negara yang merekodkan jumlah kumulatif positif COVID-19 tertinggi di dunia setakat ini.

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik
Gambar sekadar hiasan

Sumber: DailymailRotikaya

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibarat Tak Serik Sebar Virus, Pasar Di China Aktif Semula Jual Haiwan Eksotik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram