Berita Semasa Viral

Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?

Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?
Rasaflix

Sharing is caring!

Saat ini, boleh dikatakan hampir setiap negara di dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 yang telah meragut belasan ribu nyawa setakat ini. Namun begitu lain pula dengan wilayah Wuhan yang telah mengejutkan ramai pihak apabila sudah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baru sejak minggu lepas.

BACA: Ada Netizen Pertikai Usaha KKM, Doktor US Puji Usaha Malaysia Handle COVID-19


Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?
Gambar sekadar hiasan

Wuhan tarik nafas lega…lockdown juga mungkin dilonggarkan

Selepas hampir 3 bulan menderita, akhirnya bandar yang menjadi titik punca meletusnya wabak pandemik itu dapat menarik sedikit nafas lega hasil kerjasama seluruh rakyat wilayah tersebut. Pakar epidemiologi turut meramalkan rekod jangkitan di Wuhan akan mencapai angka sifar pada akhir Mac. Malah sekatan pergerakan atau lockdown di Wuhan juga mungkin boleh dilonggarkan.

Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?
Gambar sekadar hiasan

Patient ‘dihalau’ demi kekalkan rekod bersih COVID-19?

Tetapi bagaimanakah mereka berjaya mengekang penularan wabak yang sangat mudah menyerang sistem pernafasan manusia itu? Baru-baru ini tular pula video yang memaparkan seorang individu disyaki menghidap wabak terbabit dinafikan haknya untuk mendapat rawatan serta dihalau daripada sebuah pusat perubatan. Menurut Jennifer Zeng yang memuat naik klip rakaman itu lagi, pihak berkuasa tempatan didakwa mengambil tindakan sebegitu demi mengekalkan rekod bersih atau sifar jangkitan di wilayah tersebut. Keadaan itu sekali gus menimbulkan kemarahan ahli keluarga sebelum bertengkar dengan beberapa orang staf perubatan.


Sumber: Twitter jenniferatntd & International Business Times


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan ‘Halau’ Individu Berjangkit?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram