Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudil Alimudin, 30 semenjak bergelar suami kepada Shakila Kirori yang juga pelakon isunya berkaitan rumahtangga hangat diperkatakan sidang media. Fizi dan isterinya sering berkongsi hal peribadi dan kerjayanya di media sosial untuk tatapan umum. Baru-baru ini Fizi telah memuat naik gambar lama miliknya berserta kapsyen yang menceritakan kehidupannya sebelum ini.
BACA:Â Mona Allen Nyaris Lem4s Di Set, Nasib Baik Duyung Kayangan Selamatkan
Menurut Fizi dia pernah bekerja sebagai pemetik buah secara haram untuk mencari rezeki. Hidupnya di sana amat berisiko kerana takut ditangkap bila-bila masa. Tambah Fizi, dia turut berpesan jika pernah rasa jatuh jangan pernah berputus asa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
6 bulan bergelar pendatang haram
Menurut sebuah portal hiburan pula, Fizi menyatakan yang dia pernah tinggal behimpit dengan 14 orang dalam satu rumah dan masak sendiri. Walaupun mampu hantar duit yang banyak tapi hidupnya amatlah berisiko.
Hidup paling rare satu rumah 14 orang, berhimpit-himpit
Pernah tidur bawah pokok sebab penginapan terlalu jauh
Perkongsian tersebut ternyata membuatkan ramai yang tidak sangka dengan pekerjaannya satu masa dahulu.
Ni yang suara pagi-pagi dekat radio?
Benar ke rekaan semata-mata
Minat yang dulu dari sekarang
Serabai betul dulu