Cinta & Perhubungan Viral

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

Sharing is caring!

Prank atau rancangan untuk mengusik orang lain dengan penipuan sudah dianggap sebagai satu bentuk hiburan dalam kalangan pengguna media sosial pada masa kini. Selain dapat melihat reaksi spontan pihak yang menjadi sasaran tersebut, trend ini juga boleh mendapatkan rating atau views sangat tinggi di rancangan televisyen dan radio. Mungkin bagi sesetengah orang, prank hanya bertujuan sebagai gurauan semata-mata. Namun sejauh manakah pula batasnya?

BACA: [VIDEO] Isteri Prank Make Up Tebal & Mahu Buka Tudung, Reaksi Suami Lucu Habis

Suami hajat nak kahwin satu lagi…isteri terkedu & menangis

Beberapa hari lepas, seorang YouTuber telah memuat naik video prank yang dilakukan terhadap isterinya hingga menjadi tular di Facebook dan Twitter. Sebaik dia menyuarakan hajat untuk menambah satu lagi ‘cawangan’, wanita tersebut dilihat tiba-tiba mengalirkan air mata dan tidak mampu untuk memberikan sebarang kata-kata. Malahan dengan nada sayu, dia seolah-olah akur dengan hasrat lelaki berkenaan sekiranya mahu mengamalkan poligami.

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi


Dah tak ada modal lain nak bergurau ke?

Meskipun video suami isteri dari Kelantan itu mendapat sambutan hangat, namun rata-rata netizen berasa terkilan dengan prank tersebut. Antaranya adalah seperti luahan pengguna Facebook bernama Syahr Musafir ini. Dia sangat tidak bersetuju apabila individu tersebut memaparkan reaksi isteri menangis ke seluruh dunia apabila video terbabit dimuat naik ke media sosial. Ujarnya lagi, usikan tersebut juga dianggap telah melangkaui batas.

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi
Gambar sekadar hiasan

Hati wanita bergelar isteri itu halus

Apa yang lebih dikesalkan adalah terdapat ramai pihak yang menyokong dan memuji bentuk hiburan seperti itu. Dalam pada itu, Syahr Musafir menjelaskan bahawa hati dan perasaan para isteri sangat sensitif terhadap isu besar seperti ini. Malah dikhuatiri gurauan seperti ini hanya boleh meruntuhkan kepercayaan dan kasih sayang telah terbina sekian lama.


“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: FB Syahr Musafir


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Hati Isteri Tu Halus” – Netizen Luah Tak Senang Suami Prank Mahu Kahwin 1 Lagi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram