Viral

Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Sharing is caring!

Sejak menghembuskan nafas terakhir sekitar pagi Isnin yang lalu, kisah pemergian Abam Bocey masih lagi dirasai oleh kita semua. Meskipun kebanyakan kita hanya mengenali pelawak tersebut menerusi pentas dunia hiburan, namun aura yang ditinggalkan olehnya cukup luar biasa. Entah apalah amalan yang dibuat olehnya sepanjang hidup, namun segala kebaikannya terus disebut-sebut sehingga kini.

BACA : Berduka Hilang Anak & Abang, Ali Puteh Tak Sangka Isteri Kini Hamil 6 Minggu

Abam kata “kita nak makan ramai-ramai”

Sebelum ini juga, kakak kepada Abam iaitu Sharifah Nor Wahidah pernah mendedahkan hasrat terakhir Allahyarham untuk merasai lauk gulai siput dengan keladi. Teruja dengan perkara itu, Abam juga sudah membeli banyak barang basah lain untuk membuat sebuah majlis makan-makan bersama keluarga.


Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Tunda hari lain sebab Abam tak sihat

Namun, perancangan itu tidak menjadi dan terpaksa ditunda ke hari lain memandangkan kesihatan Allahyarham agak tidak mengizinkan (minit ke 16:46). Siapa menduga rupanya itu adalah petanda awal sebelum dia pergi buat selamanya.

Ramai orang makan malam ni

Kini selepas beberapa hari Abam telah pergi buat selamanya, akhirnya barang-barang yang dibelinya sebelum ini telah dimasak untuk menjamu tetamu di majlis kenduri tahlilnya sendiri. Meskipun berlaku secara kebetulan, namun situasi tersebut begitu meruntun jiwa. Menjengah ke IG Story isteri kepada Fad Bocey juga, semua lauk berkenaan difahamkan sudah dimasak sendiri oleh Ali Puteh. Meskipun tidak sempat merasai makanan terakhir yang diinginkan, namun mereka merasakan hajat terakhir Allahyarham sudah pun selamat ditunaikan.


Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Sumber : Instagram Pijie Pidon & Official Hlive


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Beli Barang Untuk Majlis Makan Family, Rupanya Abam ‘Persiapkan’ Tahlil Sendiri

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram