Apabila memasuki alam pendidikan di institusi tinggi, kerja berkumpulan adalah salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada para mahasiswa. Bukan sahaja mampu merapatkan ukhuwah sesama rakan sekuliah, malahan hasil akhir juga akan lebih wow memandangkan banyak idea yang boleh dicurahkan dalam sesebuah assignment. Malangnya, kesungguhan itu terkadang disekat oleh insan free-rider yang cukup membebankan kumpulan.
BACA :Â Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Hari presentation baru nak tunjuk muka
Lebih teruk lagi, golongan ini tidak akan mengambil peduli sehinggakan orang lain pula yang perlu menyiapkan bahagian task mereka. Apabila tiba hari pembentangan, barulah mereka menunjukkan batang hidung selain berharap menerima markah sama rata seperti orang lain. Tidak dapat dinafikan, ia sungguh mengundang kemarahan dan mungkin juga pernah dialami anda kan? Hakikatnya, hukum dalam agama Islam mengenai perbuatan tersebut ada dijelaskan dengan terperinci oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan sendiri.
Ada unsur khianat dan penipuan
Dek kerana insan free-rider sering berdalih daripada membuat tugasan sendiri, berlakunya unsur khianat sehingga menyusahkan orang lain. Bukan sahaja rakan sepasukan, malahan khianat kepada ibu bapa yang sudah memberikan kepercayaan agar mereka menuntut ilmu dengan baik di pusat pendidikan masing-masing. Tambahan pula, mereka cenderung untuk memperdaya orang lain dengan 1001 alasan tidak benar. Sesungguhnya, perbuatan menipu dan khianat merupakan sifat orang munafik yang amat dilarang oleh Allah.
Bukti sikap tidak tekun kepada ilmu
Selain itu, perbuatan tersebut juga membuktikan bahawa seseorang pelajar tidak tekun dalam menuntut ilmu. Walhal, ketekunan merupakan salah satu adab menuntut ilmu yang disukai oleh Allah. Tambahan pula, pastinya rakan anda sukar menerima (reda) hal berkenaan. Tuntasnya, ‘mengelat’ dalam group assignment adalah perkara yang dibenci agama dan setiap orang seharusnya jujur dalam sebarang perbuatan mereka.
Sumber : Portal Mufti Wilayah Persekutuan