“Virus Biasa Je, Nanti OK Lah..” – Wanita Kesal Doktor Perlekeh Wabak Influenza

Sejak akhir-akhir ini kecoh mengenai penularan wabak flu, khususnya penangan influenza A terhadap golongan bayi dan para murid di sekolah. Jika langkah-langkah pencegahan tidak dipandang serius, dikhuatiri virus influenza bermusim ini boleh menjangkiti orang sama berulang-ulang kali. Oleh sebab itu, setiap lapisan masyarakat dinasihati untuk membuat pemeriksaan segera jika memiliki sebarang simptom.

BACA: Penangan Influenza A, Abang Demam Dulu Tapi Adik Kena Tempias & Pergi Selamanya

Gambar sekadar hiasan

Maklumat diberi doktor bercanggah daripada saranan KKM

Bagaimanapun, lain pula kisahnya tentang pengalaman seorang wanita yang disahkan menghidap influenza A baru-baru ini. Menerusi posting di laman Facebook miliknya, Azua Hussin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap dan layanan seorang pegawai perubatan yang memeriksanya.

Advertisement

“Influenza A takda apa pun…nanti baiklah”

Menurut Azua, dia turut membawa bukti diagnosis mengenai virus berkenaan yang diperoleh daripada klinik swasta. Bukan sahaja tidak memeriksa surat tersebut, dia juga bahkan mengulas tentang gejala flu seolah-olah ia bukan perkara serius. Sepanjang tempoh itu juga, doktor berkenaan tidak berkongsi sebarang langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan virus terbabit.

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Encik mungkin dah arif…tapi berbeza untuk orang awam

Selesai tempoh konsultasi berkenaan, wanita ini nyata kecewa dengan penerangan daripada doktor tersebut. Dedah Azua, perkara ini mungkin dianggap ‘biasa-biasa’ baginya kerana sudah sekian lama bekerja dalam bidang perubatan. Namun orang awam yang tidak mahir dalam bab itu perlu diberikan maklumat secukupnya agar perkara tak diingini boleh dielakkan. Dalam pada itu, dia turut berharap agar pegawai perubatan tersebut boleh mementingkan nilai adab sewaktu bertugas selepas ini.

Advertisement

Sumber: FB Azua Hussin

Advertisement
Advertisement