Viral

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Sharing is caring!

Menyambung pelajaran ke menara gading sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah pastinya menjadi impian ramai anak muda. Namun malangnya, situasi sekarang tidak sama seperti puluhan tahun kebelakangan ini. Pegangan berbunyi ‘mengubah nasib keluarga menerusi pendidikan tinggi’ mungkin sudah kurang relevan apabila kita menyaksikan semula ribuan graduan gagal mendapatkan kerja saban hari. Meskipun pahit ditelan, namun itulah realiti yang menjadi cabaran utama anak muda meneruskan hidup pada zaman sekarang.

BACA : Lebih 13k Pelajar Desak Markah Sejarah 50% Sebagai A+, Ramai Sifatkan Melampau

Kalau bukan daripada family kaya, tak payah masuk universiti swasta

Meskipun begitu, pujian harus diberikan kepada jutaan mahasiswa yang terus gigih menuntut ilmu demi meraih kejayaan untuk menggembirakan keluarga masing-masing. Kejayaan yang bakal dicipta juga sudah tentu bakal menjadi pembakar semangat buat insan-insan di luar sana. Namun perkongsian pendapat daripada seorang pemuda ini mungkin sedikit sebanyak bakal membuka mata anda terhadap perancangan dan hakikat perjalanan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Gambar sekadar hiasan

Hutang belajar swasta kurang-kurang RM50,000

Menurut pemilik akaun Twitter bernama @mohdkautharr ini, orang yang kurang berkemampuan tidak disarankan menyambung pendidikan ke pusat pengajian swasta memandangkan kos keseluruhannya menelan belanja besar. Oleh sebab itu, dia berpendapat adalah lebih baik anak muda kini memilih jurusan kemahiran demi masa depan yang lebih terjamin sekiranya gagal menempatkan diri ke mana-mana IPTA.

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Gambar sekadar hiasan

Sekarang ni kemahiran yang majikan tengok

Melihat kepada ruangan komen pula, nampaknya netizen juga membuat pengakuan mengejutkan apabila rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan pemuda berkenaan. Dedah mereka, ramai yang kini menanggung hutang pengajian sehingga berpuluh ribu nilainya dan masih berhempas pulas mendapatkan pekerjaan sendiri. Apa yang boleh dibuat adalah menapak dari bawah semula meskipun sudah pun mempunyai sijil daripada universiti ternama hasil pengajian selama bertahun-tahun.


Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Mohd Kautharr


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram