Sebak rasanya bila anak yang baru dilahirkan hanya sempat merasa belaian kasih sayang seorang ibu dalam masa yang singkat kerana Allah lebih menyayangi ibunya. Apa yang lebih menyedihkan, ibunya juga seorang yang kuat berjuang dan telah bertarung nyawa sehabis baik dalam melahirkannya walaupun tahu dirinya sendiri sedang meIawan sak1t yang kritikaI dan boleh meragut nyawa.
BACA: “Kalau Hati Dia Berubah..” – Sebak Pesanan ShakiIIa Pada Diri Jika Ditakdirkan..
Itulah seperti apa yang dikongsikan seorang wanita bernama Yasmin Hanani Mohd Safian menerusi laman Facebook beberapa hari lalu. Sebak membaca perkongsian darinya tentang seorang bayi yang baru saja dilahirkan 35 hari yang lalu dan telah kehilangan ibunya akibat masalah kesihatan yang kritikaI. Malah ketika melawat bayi kecil ini, air mata Yasmin tidak henti-henti mengalir kerana dihimpit perasaan sayu semasa mendukungnya.
Sayu dapat menyantuni anak ini
Dia hanya mahu melahirkanmu dalam keadaan sihat
Pada saat-saat terakhir kehidupan rakannya itu, Allahyarhamah sempat menyatakan bahawa semua hajatnya di dunia ini telah tercapai. Malah dalam keperitan menahan s4kit, dia masih mampu mengukirkan senyuman manis buat sahabat-sahabatnya yang datang melawat. Sungguh baik dan mulia budi pekerti Allahyarhamah sehinggakan kehiIangannya turut memberi kesan pada ibu mertuanya.
Semoga kau damai di sana wahai adikku
Gambar-gambar kenangan Nurul Subhyiyyah bersama keluarganya
Melalui ruangan komen, difahamkan Ustazah Nurul Subhyiyyah menemui ajaI akibat barah dan pergi beberapa hari selepas melahirkan bayinya. Walaupun sedang bertarung nyawa melawan barah, semangatnya masih kuat dan berjaya melahirkan bayinya secara normal selepas diberi induce. Semasa hayatnya beliau sangat baik dan berbudi mulia, membuatkan orang sekeliling sangat menyenanginya.
Sumber: FB Yasmin Hanani Mohd Safian