Utama Berita Semasa “Mereka Sentiasa Beri Kekuatan”-Graduan Gapai Kejayaan Buat Ibu Bapa OKU Bangga

“Mereka Sentiasa Beri Kekuatan”-Graduan Gapai Kejayaan Buat Ibu Bapa OKU Bangga

Sejak kebelakangan ini, musim graduasi telah menghiasi di laman media sosial para graduan yang berkongsikan kegembiraan masing-masing. Hal yang sama turut dilakukan oleh gadis bernama Siti Salmah Salim juga merupakan graduan UiTM Lendu, Alor Gajah. Namun istimewanya, kejayaan itu diaikan kedua-dua ibu bapanya yang cacat penglihatan iaitu Shaari Arifin dan Fatimah Che Jaafar.

BACA : Ibu Dah 4 Hari Tak Benyawa, Anak OKU 12 Tahun Ditemui Kelaparan Di Bilik Air

Tak dapat melihat…tapi rasa puas hati pegang skrol anak

Menerusi laporan Harian Metro, mereka nyata berasa teruja kerana menggenggam skrol anak yang mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan. Meskipun tidak dapat melihat, namun mereka tetap berpuas hati biarpun hanya merasainya. Walaupun serba kekurangan sepanjang membesarkannya, ibu berusia 49 tahun ini meluahkan rasa bangga dan gembira atas kejayaan tersebut kerana Siti Salmah telah membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Kredit Foto : Metro

Sentiasa berdoa untuk anak

Selaku orang tua kepada graduan terbabit, dia dan suami sentiasa memberikan galakan, semangat dorongan dan motivasi buat Siti Salmah untuk berjaya dalam pelajaran serta kehidupan. Malah dia selalu mendoakan anaknya memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.




Usaha gigih & ketekunan untuk ubah kehidupan

Tambah Fatimah lagi, dia dan suaminya keluar dari rumah mereka di Setapak kira-kira jam 10 pagi hinggalah lewat malam demi mencari rezeki dengan busking. Sudah pasti perkara itu membuatkan dia gembira termasuklah sokongan Allahyarham suaminya dan Shaari yang memberikan impak untuk kejayaan tersebut.

Mereka sentiasa beri kekuatan

Dalam pada itu, Siti Salmah yang kini menyambung pengajian ke peringkat ijazah mengatakan bahawa kejayaan itu dihadiahkan kepada orang tuanya termasuklah bapa kandung iaitu Allahyarham Salim Ismail juga cacat penglihatan.

Sumber : Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI