Artis Cinta & Perhubungan Inspirasi

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Sharing is caring!

Pejam celik pejam celik, tak sangka tarikh hari ini genap menandakan sebulan pemergian pelawak terkenal tanah air Abam Bocey. Jikalau kehilangan mengejut itu boleh menimbulkan sebak dalam hati para peminat, apalagi perasaan insan yang pernah duduk serumah dan tidur sebantal dengannya. Meskipun pelbagai kontroversi melanda diri dan keluarga beberapa minggu yang lalu, balu Allahyarham iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali sering memuat naik video kenangan mereka sekeluarga bagi mengubat rindu di hati.

BACA: [VIDEO] Hamzah Dah Mula Tercari-Cari Ayah, Ralit Mata Tengok Video Lama Abam

Jika partner pergi terlebih dulu…usah meraung tapi berdoalah

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, wanita berusia 28 tahun itu meluahkan bahawa dia sudah tidak bersedih lagi dengan pemergian itu. Sebaliknya, Nurhidayah menasihati semua pihak yang berdepan situasi sama agar perbanyakkan doa kepada Maha Pencipta demi kesejahteraan insan yang telah pergi buat selama-lamanya.

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Bukan terpisah cuma mendahului…moga terus kuat demi Hamzah

Perkongsian cukup bermakna dan menyayat hati itu nyata mendapat pelbagai reaksi daripada semua pihak yang sentiasa mengambil tahu tentang situasi terkini keluarga Allahyarham. Selain menitipkan ucapan takziah serta doa agar dia terus tabah, rata-rata netizen malah seakan-akan tidak percaya bahawa Abam sudah sekian lama tiada. Tak cukup dengan itu, mereka juga berharap agar Nurhidayah tabah demi membesarkan Hamzah selepas ini.

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Sumber: IG hidayah_abam

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Genap Sebulan Abam ‘Pergi’, Hidayah Harap Wanita Senasib Jangan Terus Bersedih

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram