Artis Hiburan

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

Sharing is caring!

Sejak minggu lepas, drama terbaru yang mengisahkan tentang kehidupan seorang gelandangan yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai Reihana telah mendapat perhatian ramai. Gara-gara kecacatan itu, dia sering disisihkan dan membesar sebagai seorang pemberontak. Namun semuanya berubah apabila berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Selain Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan, siri ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat lain.

BACA: [VIDEO] Tiba-Tiba ‘Ghaib’ Dari Skrin Sebab Jatuh, Show Ayda Jebat Tetap Dipuji

https://www.instagram.com/p/B6h2dUXp-bn/

Pandai dandan rambut…pikat hati bos

Bagaimanapun, nasibnya cukup baik apabila dizinkan tinggal di rumah ibu rakannya, iaitu Amir serta dapat pekerjaan sebagai seorang cleaner. Dalam episod ke-5 malam tadi pula, dia telah ditawarkan kerja kembali meskipun pernah berhenti gara-gara terpalit insiden kecurian handphone milik majikannya. Atas dasar simpati, Iskandar bertandang sendiri ke rumah serta menaikkan pangkatnya selaku seorang supervisor bahagian kebersihan. Susulan itu, dia juga bagaikan sudah jatuh hati terhadap lelaki tersebut.

Jelingan tajam Cindai buat ramai tak keruan..


Malahan, detik yang menjadi perhatian sepanjang episod malam tadi adalah jelingan mata Cindai yang begitu sinis tatkala memandang orang yang selalu menguji kesabarannya. Antara watak yang dimaksudkan adalah Mikayla (Fatin Afeefa) dan bapa tiri Iskandar iaitu Haniff (Niezam Zaidi). Terdahulu, dia juga pernah memaparkan muka bengis yang sama sewaktu diusik rakan-rakan pada zaman persekolahannya.

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

Tak tahan betul tengok muka Cindai

Gara-gara babak itu juga, posting di laman Instagram milik Ayda Jebat dihujani dengan pelbagai reaksi netizen. Selain memuji penghayatan yang dibawa untuk menghidupkan watak utama tersebut, rata-rata mereka turut berseloroh tak sabar menunggu Cindai lekas cantik dan bebas daripada penampilan selekeh itu. 

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis


[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

[VIDEO] “Macam Gangster” – Jelingan Tajam Ayda Jebat Dalam ‘Cindai’ Win Habis

Sumber: IG aydajebat, niezamzaidi, dramasangat & cindai.tv3


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram