Utama Artis Hidap Masalah 'Speech Delay', Wawa Zainal Luah Syukur Anak Lulus Masuk Sekolah

Hidap Masalah ‘Speech Delay’, Wawa Zainal Luah Syukur Anak Lulus Masuk Sekolah

Perkembangan setiap anak itu berbeza mengikut cara penjagaan, didikan mahupun faktor kesihatan. Bila berkait dengan kesihatan, ibu bapa perlu memberikan pemantauan yang khusus dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, masalah yang kita anggap normal terjadi pada kanak-kanak boleh memberi kesan kepada masa depan mereka. Namun, tidak bagi Wawa Zainal dan Aeril Zafril yang sentiasa memantau perkembangan anak sulungnya yang menghadapi masalah ‘speech delayed‘. 

BACA: Parents Jangan Sekat Anak Bermain Di Luar.. Biarkan Saja Agar Tubuh Mereka Kuat

Mungkin ramai yang masih belum tahu, Attar menghadapi masalah pertuturan sejak kecil lagi. Perkara itu membuatkan ramai pengikut di Instagram ingin mengetahui tentang perkembangannya. Terbaharu, Wawa Zainal telah menceritakan situasi semasa dia dan suami mendaftar anak sulungnya itu masuk ke sekolah rendah.

Kena ambil ujian dulu




Menurut kapsyennya, dia dan suami memang berasa agak gementar dan risau untuk menghantar Attar ke sekolah berkenaan. Lebih membimbangkan, anaknya itu juga telah diberikan kertas ujian untuk dijawab semasa sesi pendaftaran.

View this post on Instagram

ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1😭😭 risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar. jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun🙈dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal🤒 xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya . walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan😅 tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak❤️❤️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on




Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar, mesti gagal. Tak sampai 30 minit, Attar keluar daripada bilik Exam dan cikgu beritahu yang Attar lulus.

Biarpun begitu, Attar nampaknya telah berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik. Mendapat markah sebanyak 35 daripada 40 peratus, Wawa meluahkan rasa lega kerana akhirnya anaknya itu lulus dan bakal bersekolah tidak lama lagi. 

Posting daripada pelakon filem Budak Pailang ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya berasa gembira melihat perkembangan positif daripada anak Wawa Zainal dan Aeril Zafril ini. Dalam masa yang sama, mereka juga seronok melihat anak ini begitu pintar speaking Bahasa Inggeris. 




English dia sangat ‘British’

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel Popular