Pertunangan bolehlah dikatakan sebagai langkah yang terbaik untuk mendekati alam perkahwinan. Pertunangan adalah simbolik lelaki atau perempuan sudah mempunyai persetujuan untuk membawa hubungan mereka kepada satu fasa yang lebih tinggi. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk mengungkapkan hari bahagia seorang pelakon lelaki yang terkenal dengan watak antagonis apabila dia selamat menjadi tunangan kepada Syawalriah Zulkifli. Perkara itu telah dikongsikan di Instagram milik mereka.
BACA:Â Sanggup Tak Beli Game Demi Duit Kahwin, Gadis Bagi Tunang PS4 Masa Birthday
Syazwan Zulkifli telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang merupakan seorang pramugari pada 31 Ogos yang lalu. Memilih busana berwarna putih, pelakon yang terkenal dengan watak ‘Pali’ ini juga mengangkat tema Melayu Klasik sebagai pilihan untuk majlis pertunangan. Jom kita layan foto-foto di sekitar majlis pertunangan mereka.
Selamat Bertunang
![[FOTO] Tahniah! Tema Melayu Klasik, Syazwan Zulkifli & Syawalriah Sah Bertunang](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/09/erinsakura-1bb6bd8bd8f334972a33b6380bdbfd12.jpeg)
Tema Melayu Klasik
![[FOTO] Tahniah! Tema Melayu Klasik, Syazwan Zulkifli & Syawalriah Sah Bertunang](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/09/erinsakura-99a0676d82b6f5e1679b085b1a817a62.jpeg)
Dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat
![[FOTO] Tahniah! Tema Melayu Klasik, Syazwan Zulkifli & Syawalriah Sah Bertunang](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/09/erinsakura-e7f6fc10808eba3c6e3b549ae6c557e2.jpeg)
Pelakon filem Juvana ini juga ada memuat naik foto di laman Instagram miliknya yang memanjat kesyukuran kerana segalanya telah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Syawan Zulkifli dan Syawalriah Zulkifli!
Sumber: Instagram Syazwan Zulkifli & OhBulan!
![[FOTO] Tahniah! Tema Melayu Klasik, Syazwan Zulkifli & Syawalriah Sah Bertunang](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2019/09/erinsakura-61eaa68ba901306dc71a5a00765c36f0.jpg)

