Berita Semasa

Budaya Malaysia Unik, Graduan UMS Warga Jepun Ini Fasih Bahasa Melayu & Dusun

Kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini dapat menarik perhatian sesiapa saja. Malah perbezaan itulah yang menyatupadukan kita semua tanpa mengenal bangsa dan agama. Itulah gambaran yang dapat diberikan terhadap seorang rakyat Jepun bernama Fuyuko Iwasaki juga merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila dia tertarik dengan budaya dan percakapan etnik Dusun di Penampang. Ia juga dijadikan sebagai pencetus semangat untuk melanjutkan pengajian di sana.

BACA : Fizikal Sering Jadi Bahan Ejekan, Graduan OKU Bukti Itu Bukan Halangan Berjaya

Advertisement

Fasih berbahasa Dusun & Melayu

Wanita berusia 29 tahun ini berasal dari Chiba, Tokyo merupakan antara pelajar yang menerima Ijazah Sarjana dalam bidang sastera dalam Majlis Konvokesyen UMS ke-21. Menurut Fuyuko, dia sangat fasih bercakap dalam bahasa Dusun dan Melayu dek kerana meminati etnik tersebut sejak 2012 selepas terlibat dalam program lawatan antarabangsa ke negeri tersebut.

Advertisement

Nekad tinggal di Penampang selama 3 bulan & berkomunikasi

Advertisement

Tambahnya, dia mengambil keputusan untuk tinggal Di Buayan selama 3 bulan dan berkomunikasi bersama penduduk bagi memahirkannya berbahasa itu. Ujar Fuyuko, dia mengalami kesukaran untuk menulis dan membaca dalam 2 bahasa tersebut pada mulanya. Namun, dia mendapat bantuan daripada penyelia yang selalu mengajarnya sehingga mampu menulis tesis dalam bahasa Melayu.

Nak tabur bakti di bumi Sabah

Advertisement

Anak bongsu daripada dua beradik itu memberitahu bahawa keakrabannya dengan penduduk tempatan membolehkan Fuyuko mempunyai keluarga angkat di Penampang. Mengulas lanjut tentang perancangannya selepas tamat pengajian, graduan ini berhasrat untuk bekerja di Sabah jika ada peluang untuk menabur bakti dengan rakyat negeri di Bawah Bayu ini.

Sumber : Harian Metro , Borneo Echo

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram