Pada tanggal 22 November (Jumaat) lalu telah berlangsungnya Anugerah Telenovela 2019 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah ini merupakan majlis yang mengiktiraf penulis, penerbit dan warga industri berjaya mengadaptasi kandungan buku termasuklah novel ke layar perak dalam pelbagai bentuk tidak kiralah audio mahupun visual.Â
BACA :Â [VIDEO]Â Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur
Mira Filzah dinobat sebagai Ratu Telenovela 2019
Sebanyak 32 kategori telah dipertandingkan dan beberapa artis terkenal juga telah berjaya memenanginya mengikut drama lakonan masing-masing. Dalam pada itu, aktres Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Ratu Telenovela 2019.Â
Perincian pada dress naikkan aura Mira
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah busana yang tersarung pada tubuh aktres kecil molek ini. Bukannya apa, ia membuatkan pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ ini kelihatan sangat cantik dan menakjubkan. Ditambah pula perincian pada keseluruhan dress tersebut membuatkan Mira memiliki aura tersendiri. Selain itu juga, solekan yang dikenakan pada wajah manisnya tidak terlalu ‘heavy’ menaikkan lagi seri wajah pelakon berusia 26 tahun ini.Â
Stunning dinda..kak Mira tak pernah tak cantik
Perkara itu diakui sendiri oleh para netizen yang membanjiri ruang komen di laman Instagram Mira. Rata-rata mereka memuji kecantikan aktres tersebut dan menzahirkan ucapan tahniah di atas anugerah yang diterimanya itu.
Sumber : IG Mira Filzah , Drama Sangat , Budiey