Utama Artis "Ramainya Yang Bitter.. Bersihkan Hati" - Ruhainies Tepis Kecaman BF Suap Makan

“Ramainya Yang Bitter.. Bersihkan Hati” – Ruhainies Tepis Kecaman BF Suap Makan

Bagi yang mengikuti perkembangan adik kepada pelakon Risteena Munim ini pasti mengetahui yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Sebelum ini, aktres ini pernah meluahkan rasa kurang senang apabila gambar teman lelakinya didedahkan kepada khalayak. Maka sejak daripada itu, dia dilihat sering menutup wajah lelaki berkenaan dengan emoji. Terbaharu, foto boyfriend yang dimuatnaik ke laman Twitter ini pula telah mengundang bermacam komen netizen.

BACA: Bila Ajak Bincang, Dia Mengelak Ini Punca2 Lelaki Belum Sedia Untuk BerkahwinDalam kemas kini tersebut, teman lelaki kepada pelakon Ruhainies telah membawa sepinggan nasi kandar ke dalam kereta semata-mata untuk memenuhi permintaan selebriti tersebut. Perbuatan yang dianggap sweet itu telah mengundang pelbagai kecaman oleh netizen. “Ramainya yang bitter..Bersihkan hati anda”

Setelah menerima bertubi-tubi kecaman, pelakon ini nampaknya membuak-buak membalas komen yang dilemparkan. Menurutnya, tiada apa-apa kesalahan untuk dia makan dalam kereta milik teman lelaki sendiri dan perkara itu tidak wajar untuk dipertikaikan.




“Hak saya nak makan dekat mana”

Bukan itu sahaja, dia sebelum ini pernah menepis tohmahan netizen yang menganggap dia dan teman lelaki ‘tidak sopan’ kerana membawa masuk pinggan nasi kandar itu ke dalam kereta. Baginya, perkara itu tidak menyusahkan sesiapa apalagi menyebabkan sebarang masalah. 

Respon balas pelakon ini di ruangan Twitter telah mendapat perhatian netizen. Biarpun menerima pelbagai komen yang kurang enak, tetapi masih terdapat beberapa netizen yang memberikan komen yang positif kepada hubungan pelakon jelita dan lelaki tersebut. 

“Nasi kandar kalau bawa balik dah tak sedap”

“Comelnya.. Dia boleh jadi sangat lucu”

Sumber: mstar & Twitter Ruhainies




Artikel Popular