Utama Artis Di Sebalik Imej 'Daring', Tak Sangka Zizi Kirana Rupanya Pernah Jadi Ustazah

Di Sebalik Imej ‘Daring’, Tak Sangka Zizi Kirana Rupanya Pernah Jadi Ustazah

Seperti yang diketahui oleh umum, penyanyi kelahiran Sabah ini selalunya terkenal dengan imej penampilan yang agak ‘mendedahkan’ di ruangan laman media sosial miliknya. Bagaimanapun, dia cukup menjaga etika pakaian sewaktu beraksi di atas pentas ataupun ke majlis-majlis tertentu. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa Zizi Kirana juga pernah bergelar seorang ustazah suatu ketika dahulu.

BACA: Mizz Nina Ajak Semua Wanita Bertudung & Sertai ‘Hijab Challenge’ Ramadhan Ini!




Menerusi perkongsian kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini, Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah binti Mad Tahil menyatakan yang dia pernah menjadi seorang pengajar membaca Al-Quran kepada kanak-kanak di kampung asalnya iaitu di Semporna, Sabah. Aktiviti sukarela tersebut dilakukannya sejurus tamat peperiksaan SPM selama 3 tahun lebih.

Orang kampung pun tahu saya dulu mengajar agama…




Hanya selepas itulah dia menceburi bidang nyanyian secara serius. Bermula sebagai seorang anggota kumpulan nasyid terlebih dahulu, Zizi juga pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia 7 sebelum akhirnya bergerak solo dan memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Hip Hop pada masa kini.

Dia juga berkata yang dia tidak pernah sekali pun lupa untuk mengaji jika berpeluang untuk melakukannya.




Sampai sekarang saya amalkan baca surah Yasin

Saya masih belajar agama…doakanlah supaya dapat jadi lebih baik lepas ni 




Berkenaan dengan komen positif daripada peminat dan netizen tentang foto bertudungnya baru-baru ini, Zizi turut mengucapkan terima kasihb dan akan mengenakan hijab selepas bersedia sepenuhnya.




Sumber: mStar




 

 

Artikel Popular