Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jatuh Bangun’ iaitu Haqiem Rusli pernah mendapat pujian ramai apabila dia gigih menutup aurat peminat dalam gambar di sebuah konsert. Tindakan positif berkenaan disifatkan sebagai terbaik memandangkan belum ada artis lain yang tampil berbuat sedemikian rupa. Terbaru, sekali lagi artis berusia 21 tahun ini mencuri perhatian apabila seorang rakannya secara spontan merakam moment yang begitu menyentuh jiwa.
BACA :Â Upload Gambar Konsert, Haqiem Rusli Dipuji Sebab Gigih Sorok Aurat Peminatnya
Ingatkan apa yang terang tadi…
Menurut lelaki yang menggunakan akaun Instagram Sapik Samsuri itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang terlena pada waktu malam. Dek kerana cahaya lampu yang terang, dirinya tiba-tiba terjaga sebelum melihat kelibat Haqiem Rusli sedang khusyuk mengaji Al-Quran.
Sorry Haqiem record senyap-senyap
Bukan sahaja sempat merakam detik alunan Al-Quran yang kedengaran merdu itu, namun Sapik sendiri seolah-olah merasa segan dengan amal ibadat yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan. Sebelum ini, mungkin kita hanya melihat kelibat Haqiem beraksi di atas pentas sahaja. Namun dengan perkongsian ini, ia semacam mendedahkan satu sisi lain bagi pelantun lagu ‘Tergantung Sepi’ itu.
Pagi mengejar dunia, malam mengejar akhirat
Meskipun berdurasi pendek, namun perkongsian yang dibuat oleh rakannya itu cukup membangkitkan rasa kagum di kalangan netizen. Tidak ketinggalan, ada yang mendoakan agar Hakiem terus istiqamah dalam melakukan ibadat meskipun sibuk bergelar penyanyi dalam dunia hiburan.
Sumber : Instagram Zayan dan Facebook Oh My Media