Baru Makan Tapi Cepat Lapar Balik? Rupanya Anda Sudah Ditipu Perut Sendiri

Makanan memang amat penting untuk memberikan kita tenaga menjalani aktiviti seharian. Namun jika diambil secara berlebihan, risau pula ia akan memberikan kesan buruk kepada tubuh sendiri. Keadaan tersebut mungkin ada kaitannya dengan nafsu makan seseorang yang terlalu kerap lapar. Walaupun baru sahaja menjamu selera, perut kita sudah ‘meronta-ronta’ untuk diisi kembali. Percaya mahupun tidak, situasi ‘cepat lapar’ ini benar-benar dialami oleh kebanyakan orang.

BACA : Susut Mendadak Jika Amal Diet Buang Nasi, Rupanya Buah Pinggang Boleh Merana

H0rm0n ghrelin undang rasa lapar meskipun baru makan

Advertisement

Menurut artikel yang pernah dibuat menerusi Harian Metro, pegawai dietetik bernama Nor Hafizah Mahamad Sobri menjelaskan keadaan cepat lapar itu sering berlaku setiap kali anda mengalami stres. Ketika berada dalam tekanan, horm0n jenis ghrelin atau bahasa mudahnya ‘horm0n lapar’ akan dirembeskan. Sebab itulah kita akan mula berasa lapar dan cenderung untuk mengambil makanan manis yang mana kandungan gulanya agak tinggi. Meskipun sudah kenyang ‘mentekak’ makanan berat, horm0n itu menyebabkan perut seolah-olah tidak puas makan.

Gambar sekadar hiasan

Bila berat badan bertambah, kita akan stres semula

Selain itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa makanan yang tinggi kandungan gula seperti itu hanya memberikan rasa kenyang sementara. Dalam menghadapi tekanan, beliau mendedahkan bahawa golongan wanita lebih memilih untuk makan jika dibandingkan dengan lelaki. Kajian yang dibuat juga menjelaskan stail berkenaan akan menyebabkan berlakunya pertambahan berat badan sekali gus meningkatkan tekanan dalam diri kita.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Kalau badan kurang air, kita akan cepat lapar

Dalam pada itu, portal Hello Sehat sempat menjelaskan hidrasi akan membuatkan kita cepat merasa lapar. Apabila badan kekurangan air, otak kita seolah-olah keliru dan ‘tertipu’ dengan isyarat yang dihantar oleh tubuh badan. Tatkala beranggapan bahawa perut merasa lapar dan minta untuk dipenuhkan dengan makanan, sebenarnya apa yang anda perlu buat adalah minum lebih banyak air untuk mengurangkan rasa lapar berkenaan.

Gambar sekadar hiasan

Wanita period akan makan banyak kerana perlu tenaga

Advertisement

Salah satu keadaan yang akan mengundang rasa lapar dengan cepat adalah sewaktu anda (golongan wanita) didatangi haid. Menurut portal Wanista, akan berlaku perubahan h0rmon secara mendadak sehingga selera makan anda meningkat. Lebih deras pengaliran, maka selera makan akan bertambah melebihi kuantiti kebiasaannya. Namun begitu, itu adalah perkara normal memandangkan kalori berkenaan amat penting untuk menghasilkan tenaga kerana wanita haid akan sentiasa merasa lesu.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro, Wanista, Hello Sihat

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement