Sejak kebelakangan ini, nama anak Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet. Bukan sahaja telah dikecam dek kerana video tariannya di TikTok, malah imej penampilan ala-ala barat gadis berkenan turut dikritik. Biarpun pernah menangis kerana menerima pelbagai lemparan negatif, namun kini Leona dilihat semakin tenang menghadapi mulut orang ramai.
BACA:Â [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Dedah Fadhilat Kebumikan Suami Isteri Dekat-Dekat
Nampak ceria dengan gelak tawa…gembira siapkan hidangan nasi lemak
Selain cantik dan pandai dalam pembelajaran, ternyata Leona juga mempunyai banyak kelebihan lain. Menerusi paparan di aplikasi TikTok, gadis berusia 18 tahun ini kelihatan sangat gembira kerana telah berpeluang belajar masak nasi lemak bersama beberapa kenalannya. Walaupun ruang dapur itu kecoh dengan gelak tawanya, namun dia tetap bersemangat menunjukkan tutorial masakan. Lucunya, sesekali kedengaran suara jeritannya ketika menggoreng ayam malahan berasa seronok setelah berjaya menyediakan hidangan tersebut.
@leonsmeonss
Walaupun hidup dah moden, tapi nak juga dia masuk dapur belajar memasak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata mengagumi Leona kerana memanfaatkan masanya dengan mempelajari sesuatu yang baru. Selain itu, mereka juga akui gembira melihat gelagat huru-haranya sepanjang menyediakan juadah tersebut. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram kasihirisleona, TikTok Leona