Keibubapaan

Guru Ini Dedah Sikap Buruk Ibu Bapa Tipu Nilai Gaji, Tamak Bantuan Sekolah Anak

Sejak semalam, meriah di paparan media sosial tentang ragam dan suasana kembali ke sekolah bagi sesi tahun 2020. Meskipun ada yang menangis takut atau berkeras tidak mahu berjauhan dari rumah, namun kehadiran para ibu bapa sedikit sebanyak telah pun melancarkan sesi pendaftaran terutamanya murid-murid baharu. Tanpa kita sedari, lambat-laun mereka pasti boleh membawa diri masing-masing dan selesa dengan persekitaran di sekolah.

BACA: “Sini La Mak..” – Ragam Murid Pimpin Ibu Bapa Buta Di Sekolah Baru Undang Sebak

Tak rasa bersalahkah menipu pendapatan untuk sedikit bantuan?

Advertisement

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, pelbagai peruntukan khas telah disalurkan kepada para pelajar yang mungkin datang daripada keluarga daif atau kurang berkemampuan. Namun menerusi posting yang dibuat oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh ini, dia bagaimanapun mengkritik sikap sesetengah ibu bapa suka mengambil kesempatan atas peluang tersebut sekali gus menutup hak orang yang lebih layak untuk menerimanya.

Gambar sekadar hiasan

Tak hairanlah bila belajar anak susah faham…hidup tak berkat

Advertisement

Ujar Fadhli lagi, dia mempersoal kewajaran pihak-pihak terbabit untuk mengambil hak yang haram dan diberikan kepada anak masing-masing. Baginya, penipuan itu sangat tidak berbaloi kerana boleh mempengaruhi sahsiah murid-murid bukan sahaja di sekolah. Bahkan sepanjang hidup mereka dan perkara itu turut bakal disoal pada hari penentuan kelak.

Gambar sekadar hiasan

Kepada yang pernah buat…harap insaf

Advertisement

Di hujung coretannya, guru lelaki ini sekali lagi menyeru semua ibu bapa agar jangan sesekali mengamalkan tindakan tak bermoral tersebut serta segera bertaubat jika pernah melakukannya sebelum ini. Hal ini kerana dikhuatiri ketamakan itu akan membarah hingga dalam diri zuriat mereka pula. Sehingga kini, posting berkenaan telah meraih lebih 2 ribu perkongsian dan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya.

Advertisement

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram