Seperti diketahui umum, hakikatnya tiada apa yang dapat menandingi keperitan saat seseorang ibu melahirkan anaknya. Tak kiralah melalui kaedah bersalin normal ataupun operation, tak dinafikan bahawa ramai wanita masih berdepan perasaan cemas kerana melibatkan nyawa sendiri dan juga kandungan. Namun begitu pengalaman setiap kelahiran adalah berbeza dan anda tidak akan tahu tahap kesukaran yang dihadapi sehinggalah mengalaminya sendiri.
BACA:Â Bukan Air Kosong Je, Rupanya Madu Pun Tak Boleh Disuapkan Pada Bayi Baru Lahir
Senang lahirkan baby kedua daripada pengalaman anak sulung
Menurut wanita yang dikenali sebagai Nur Sybilreinna ini, dia sendiri terkejut apabila proses kelahiran anak keduanya jauh lebih mudah daripada anak sulungnya kira-kira 2 tahun lepas. Gara-gara terlewat daripada tarikh sepatutnya, dia menceritakan tentang azab kena induce sebelum akhirnya selamat melahirkan zuriat sulung yang diberi nama Zafar.
Rasa macam gastrik & sembelit…sekali terkejut bukaan dah 8cm
Ujar wanita ini, dia cuba mengamalkan teknik separa minda sedar untuk berkata pada diri sendiri bahawa proses bersalin kali ini yang baik-baik saja. Seminggu sebelum due date anak keduanya, Sybilreinna bagaimanapun susah untuk mendapat tidur lena dan menyangka dirinya menghidap gastrik atau sembelit. Namun alangkah terkejutnya dia apabila terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin apabila mendapati badannya sudah bersedia untuk melahirkan bayi.
Teran macam sembelit…maka keluarlah ‘seketul’ Sybil lagi
Selain tidak merasa sebarang komplikasi seperti kehamilan pertama, Sybilreinna juga mendedahkan bahawa dia senang meneran keluar anak pada masa itu. Siapa sangka simptom sembelit yang dialami rupa-rupanya adalah petanda untuk dia melahirkan cahaya mata kedua dengan begitu mudah sekali. Malah dia sempat berseloroh kepada doktor bahawa kakinya lenguh apabila proses tersebut selesai.
Sumber: Twitter sybilreinna