Utama Cinta & Perhubungan "Menggelepar Dia"-Suami Kantoi Selingkuh, Bini Simbah Tomyum Ke Wanita Perampas

“Menggelepar Dia”-Suami Kantoi Selingkuh, Bini Simbah Tomyum Ke Wanita Perampas

Selain para artis, isu selingkuh seringkali berlegar di kalangan masyarakat kita. Lihat sahaja media sosial zaman sekarang, pasti ada sahaja kisah tentang perangai ‘main kayu tiga’ yang akan didedahkan kepada umum. Barangkali, anda atau keluarga sendiri turut pernah berhadapan dengan kejadian menyakitkan hati tersebut. Baru-baru ini di Twitter, seorang gadis tidak ketinggalan membuka kisah rumah tangga ibu saudaranya yang berhadapan insiden sedemikian rupa.

BACA : Putus Cinta Memang Menyakitkan, Menangislah Tapi Siapa Cakap Single Tu Salah?

Maksu baling tomyum dekat perempuan simpanan ex-husband dia

Kejadian tersebut sebenarnya didedahkan sendiri oleh wanita tersebut lalu dikongsikan semula oleh gadis itu. Bekerja sebagai seorang polis trafik, wanita tersebut sangat mengerti komitmen suaminya yang terpaksa balik lewat malam kerana perlu menjalankan pelbagai operasi. Malangnya, segala kepercayaan tersebut hancur berderai kerana suaminya memasang perempuan simpanan di belakangnya. Kemuncak kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan apabila dia gagal menahan sabar dengan kegiatan teman hidupnya itu.




Gambar sekadar hiasan

Perempuan tu kecoh halau Maksu aku

Walaupun sudah mengetahui hakikat tersebut, si isteri masih cuba menguji dengan menghubungi suaminya. Siapa menyangka suaminya masih sanggup menipu kononnya sedang berada dalam sebuah operasi walhal dia sedang keluar makan dengan orang ketiga tersebut. Berang dengan situasi itu, dia nekad mengambil semangkuk tomyum dan mencurahkan makanan itu kepada wanita berkenaan.

Gambar sekadar hiasan

Perempuan kena simbah tomyum tu macam nak gila menangis

Lebih teruk lagi, perempuan simpanan itu kononnya mahu membuat laporan polis selepas diperlakukan sedemikian rupa. Disangkakan kejadian itu cukup menjadi pengajaran, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Suaminya seolah-olah tidak serik dan terus berperangai seperti buaya darat sehingga akhirnya wanita tersebut mengambil keputusan untuk angkat kaki daripada rumah tangga yang penuh toxic itu.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI