Baru-baru ini, beberapa keping gambar pengantin yang dikongsikan oleh seorang jurufoto menerusi laman Twitter telah mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, rata-rata netizen tertumpu pada rekaan inai yang ada pada tangan pengantin perempuan tersebut. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa ia terlalu sarat dengan perinciannya memenuhi tangannya dan berwarna merah. Tidak kurang juga netizen yang memuji lukisan inai itu kerana kelihatann unik.
BACA : Jurufoto Kongsi Gambar Mempelai 2 Sejoli, Tapi Inainya Pula Yang Jadi Perhatian
Komen netizen melampau
Menerusi mStar, jurufoto bernama Muhammad Irfan ini memberitahu kapsyennya di Twitter itu sebenarnya merujuk kepada tona gambar tapi dia kecewa kerana komen-komen netizen yang agak keterlaluan.
Saya nak tanya warna tu mengarut ke tak..
Dia yang sudah 6 tahun berkhidmat sebagai jurufoto itu menjelaskan bahawa sudah menyunting hampir 1,000 gambar majlis perkahwinan berkenaan. Oleh sebab itulah dia mengajukan pertanyaan sedemikian.
Rekaan inai klasik masyarakat India
Sementara itu juga, pengantin perempuan iaitu Farah Fareen Badrul Hisham turut tampil memberi penjelasan mengenai rekaan inai yang menjadi pilihannya itu. Menurutnya, ia adalah klasik dan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat India. Jadi dia tidak melihatnya sebagai sesuatu yang baru tapi berkemungkinan ia jarang dilihat oleh netizen.
Inspirasi daripada Priyanka Chopra
Di samping itu, Farah yang baru mendirikan rumah tangga pada 16 November lalu turut memberitahu lukisan inai pada tangan aktres Bollywood terkenal iaitu Priyanka Chopra sewaktu berkahwin dengan Nick Jonas pada akhir tahun lalu menggunakan rekaan sama.
Saya pilih sebab suka tengok pengantin Pak1stan
Jelas Farah lagi, lukisan inai berkenaan dipilih mengikut citarasanya walaupun pada mulanya ramai yang tidak berkenan dengan rekaan tersebut. Disebabkan dia sangat meminati konsep budaya pengantin Pak1stan, jadi dia memilih corak sebegitu.
Sumber : Twitter Irfan Dzahier , mStar