‘Dia Kembarku’ Buat Ramai Tersentuh, Tak Semua Mak Ayah Boleh Terima Anak Cacat

Anak-anak adalah amanah Tuhan kepada setiap ibu bapa untuk dijaga dan diasuh sebaik-baiknya. Lahirnya mereka ibarat kain putih bersih, maka seharusnya kitalah yang mewarnakan kain putih itu dengan didikan ilmu serta kasih sayang. Namun begitu, acap kali kanak-kanak tak bersalah ini dipersalahkan ibu bapa sebagai pembawa malang atau dianggap menyusahkan lebih-lebih lagi jika kurang sempurna jika dibandingkan dengan manusia normal lain.

BACA: [VIDEO] Dedah Realiti Ibu Bapa, Telefilem Ini Buat Ramai Gagal Tahan Air Mata

Tergamak buang anak cacat di bahagian muka

Begitulah mesej diketengahkan dalam telemovie bertajuk ‘Dia Kembarku’ yang trending malam tadi. Mengisahkan tentang Datuk Jamal (Norman Hakim) yang sanggup mengusir salah seorang daripada anak kembar (Amina) hanya kerana dilahirkan dengan sejenis kecacatan di bahagian muka. Sejak itu, Amina diasuh oleh Mak Kiah (Raja Azmi) di sebuah lokasi tersembunyi kerana tak sanggup membuangnya. Manakala kembarnya iaitu Amira pula dibesarkan dengan kemewahan dan terlibat dalam syarikat produk kecantikan bapanya.

Advertisement

Advertisement

Asyik baran lepas Amina muncul semula

Bagaimanapun takdir telah menemukan semula Amina dan ibunya, Datin Maria (Lisdawati) setelah Mak Kiah menghembuskan nafas terakhir. Mula rapat sebagai pembimbing mengaji, Amina akhirnya mendedahkan identiti sebenar kepada Datin Maria, Amira serta Datuk Jamal selepas sekian lama menginap di kediaman mereka. Namun ego Datuk Jamal yang masih enggan menerima anak perempuannya itu telah memakan diri apabila tahap kesihatan dan perniagaannya tiba-tiba jatuh merundum.

Advertisement

“Ini semua kifarah untuk papa..”

Selepas kesemua perbuatan silamnya terbongkar, Datuk Jamal nekad untuk tinggal bersama dengan Amina di rumah usangnya. Dari situlah dia mula menyesali segala kesilapan lampau termasuklah memisahkan ahli keluarga sejak beberapa tahun lalu. Mujurlah Amina tidak menyimpan sebarang kesumat dan rela memaafkan bapa kandungnya. 

Biarlah tak cantik di mata manusia…asalkan mulia pada Allah

Ternyata jalan cerita yang sarat memaparkan realiti kehidupan pada zaman ini sememangnya sampai dalam jiwa setiap penonton. Di samping meluahkan rasa geram terhadap watak Datuk Jamal, rata-rata netizen turut memuji nilai pengajaran yang disampaikan dalam karya arahan Isma Yusof tersebut. Dalam pada itu, rata-rata mereka juga sempat memuji penampilan bertudung Emma Maembong sepanjang menjayakan watak wanita kembar berkenaan.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG emma_maembongofficial, normanhakim_786 & YouTube TV3MALAYSIA Official

Advertisement
Advertisement