Bertuahnya badan, walaupun bergelar isteri kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk Paduka, pelakon Datin Paduka Eina Azman tidak kekok berada di dapur. Sesiapa yang mengikuti Instagram pelakon ini pasti ternanti-nantikan masakan yang disediakan setiap hari untuk keluarga dan rakan terdekat. Menariknya, masakan yang disediakan Eina Azman terdiri dari pelbagai jenis masakan tradisional.
BACA: [VIDEO] Kreativiti Video Tutorial Puding Kastard Buat Ramai Pecah Perut Ketawa
Jadi tidak hairanlah hidangannya sentiasa menjadi perhatian dan kegemaran pengikut setianya.
Terliur dibuatnya
Terbaru, Datin ada memuat naik video masakannya iaitu daging rebung masak lemak cili api.
Sayur rebung masak lemak cili api
Namun begitu, selaim memuji masakan Eina Azman, netizen lebih tertarik dengan blender lama miliknya yang sudah pecah dan agak buruk.
Dah boleh beli baru blender tu
Berapa kali ulang, blender win
Tengok blender pun tahu tuan rajin
Blender camtu yang buat sedap lauk
Sumber: IG Datin Paduka Eina Azman