Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19

17th March 2020
in Berita Semasa
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti yang diketahui umum, Itali merupakan negara paling terjejas teruk akibat penangan wabak tanpa vaksin COVID-19. Malah menerusi perkembangan terbaru hari ini, angka kematian akibat koronavirus di negara itu telah melepasi 2,000 orang meskipun sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) telah dijalankan selain meminta kira-kira 60 juta penduduknya berkurung dalam rumah masing-masing.

BACA: Tiket Ke Korea Masih Penuh, Masyarakat Kurang ‘Sense Of Crisis’ Lawan COVID-19

#COVID19 WORLD: Italy reported 349 new deaths on Monday. taking its total to 2,158.

Italy has the highest number of deaths in the world, outside China.

The Italian financial capital's Lombardy region recorded 1,420 deaths, of 66% of Italy's total.
.

— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) March 16, 2020

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Penghidap COVID-19 berusia 80 tahun ke atas bakal ditolak rawatan

Menurut portal The Telegraph, Itali bakal melaksanakan langkah drastik menolak untuk pemberian rawatan kepada penghidap COVID-19 yang berusia 8o tahun ke atas jika krisis itu semakin buruk. Selain golongan warga emas tersebut, individu yang mempunyai tahap kesihatan terlalu teruk dan tiada harapan sembuh juga berdepan perkara sama. Ia susulan jumlah penghidap positif pandemik berkenaan telah meningkat secara mendadak iaitu hampir 25 ribu orang setakat ini.

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Risau bilangan katil & alat bantuan pernafasan tak mencukupi

Protokol tersebut bakal dilaksanakan oleh pengurusan krisis negara itu apabila tiba hari di mana bilangan katil di setiap pusat perubatan tidak cukup untuk menampung setiap penghidap koronavirus. Di samping itu, kemudahan alat bantuan pernafasan atau ventilator machine juga dikatakan semakin terhad bagi individu yang terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Gambar sekadar hiasan
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Doktor terpaksa pilih siapa yang perlu diselamatkan..

Gara-gara dianggap tidak beretika, majoriti petugas kesihatan tempatan meluahkan risau kerana ramai patients yang bakal dibiarkan begitu sahaja hingga mereka menghembuskan nafas terakhir. Buat masa ini, protokol itu sudah disiapkan dan hanya menunggu kelulusan pihak berwajib sebelum dilaksanakan di seluruh pusat perubatan. Terdahulu, Dr Hafsah Sazali juga mendedahkan bahawa doktor kesihatan di sana terpalit dilema terpaksa memilih individu mana yang mereka terpaksa bantu rentetan jumlah kumulatif positif COVID-19 terlalu ramai.

Paling terkini, lebih 360 kematian sehari di Itali.

Harap rakyat Malaysia boleh ambil pengajaran. Doktor di sana terpaksa pilih siapa yang perlu diselamatkan😭 https://t.co/55YE0cjmEo

— Dr Hafsah Sazali (@hafsah_sazali) March 15, 2020

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter KKMPutrajaya, hafsah_sazali, Telegraph & DailyMail

Tags: ajalcovid 19dibiaritalipenghidappilihterpaksa

Related Posts

Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Artis

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

21st March 2023
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Berita Semasa

Teruja Naik Kereta Api, Anak-Anak Istimewa Diraikan Hari Pertama Persekolahan

21st March 2023
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Berita Semasa

Hampir Dibawa Arus, Usaha Lelaki Ini Hantar Makanan Ke PPS Undang Sebak

2nd March 2023
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Artis

“Jika Sekiranya Diam Itu Bijak Lakukanlah” Post Isteri Nd Lala Cetus Persoalan

2nd March 2023
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
Artis

Delete Gambar Berdamai, Keluarga Jadi Saksi Hafidz Roshdi Talakkan Isteri

23rd February 2023
Next Post
Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19

[FOTO] Tak Payah Nak Salam Keruk, Musim COVID-19 Elok Buat Wedding Drive-Thru

Hijab Instant Bawal

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)