Apabila sudah mendirikan rumah tangga bersama, wanita harus sedar mereka sudah bergelar seorang isteri yang wajib taat pada suami mereka. Selagi tidak melebihi batas syarak, segala arahan suami perlu dipatuhi selari dengan tuntutan dalam agama Islam. Malangnya, kuasa veto yang dipegang oleh lelaki kadangkala membuat mereka sedikit lupa diri. Maka tidak hairanlah sekiranya ada isteri-isteri yang terus makan hati memandangkan tiada sikap tolak ansur dalam perkahwinan.
BACA : Hidup Makin Baik Kurang Bertekak, Suami Isteri Boleh Amal Selawat Tafrijiyyah
Isteri amanah Allah…Perkahwinan adalah ibadah
Melihat kepada Instagram seorang lelaki ini, dia juga sempat menyentuh tentang perihal rumah tangga berkenaan. Meskipun sedang sibuk menunaikan ibadat di tanah suci, namun apa yang dikongsikan itu mendapat perhatian ramai netizen kerana begitu deep. Dalam penjelasan awal, Aliff sempat menegaskan tentang tanggungjawab suami selaku ketua rumah tangga. Sempat mengingatkan tentang hakikat bahawa isteri merupakan amanah Allah, dia menyifatkan kebahagiaan sebuah bahtera rumah tangga itu terletak di tangan suami.
Isteri bukan hamba…Semua kerja letak pada isteri
Selain menyentuh tentang tanggungjawab ketua keluarga, Aliff turut menulis mengenai perihal menguruskan rumah tangga. Memang benar isteri sering diharapkan sebagai orang yang mengemas, memasak, membasuh mahupun menjaga anak-anak di rumah. Namun begitu, ia bukanlah ‘tiket’ untuk Sang Suami melepaskan segalanya ke atas bahu mereka. Apabila dilihat kembali kebanyakan situasi zaman kini, memang ramai lelaki seolah menjadi raja apabila bergelar suami. Maka Aliff ada memetik tentang syurga dan neraka di hujung perkongsian tersebut.
Sumber : Instagram Mohd Hazalif