Cinta & Perhubungan

Hidup Makin Baik & Kurang Bertekak, Suami Isteri Boleh Amal Selawat Tafrijiyyah

Sudah menjadi lumrah dalam mahligai rumah tangga, pertelingkahan mulut sememangnya benda ‘wajib’ yang sering dihadapi. Kadangkala, ia menjadikan hubungan sesama suami isteri semakin erat meskipun konflik yang dihadapi berat sekali. Namun jika tidak diatasi dengan baik, pergaduhan itu boleh berubah menjadi racun yang bakal meruntuhkan perkahwinan. Selain mengamalkan sikap bertolak ansur, kita perlu juga berbalik kepada Allah.

BACA : Jangan Doa Nak Dapat Suami Baik Sahaja, Doa Juga Dapat Mentua Baik Macam Ni

Gambar sekadar hiasan

Amal selawat hidup makin baik

Melalui sebuah akaun Twitter milik wanita bernama Syuhada, dia sempat berkongsikan sebuah tips untuk memperbaiki rumah tangga yang mungkin boleh diamalkan suami isteri di luar sana. Seperti pernikahan lain, dia juga tidak lari daripada bertelingkah bersama suami. Namun selepas beberapa bulan mengamalkan selawat tafrijiyyah, ajaibnya kehidupan mereka dirasakan semakin tenang jika hendak dibandingkan seperti sebelum ini. Bukan sahaja meluaskan rezeki, malahan doa bakal dimakbulkan dengan mengamalkan selawat ini.

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Ikut rentak muzik baru senang ingat

Menurut Syuhada lagi, dia memang menjadikan selawat ini sebagai rutin harian tidak kira sewaktu sedang memasak mahupun bersantai di ruangan media sosial. Turut bersenang hati kerana perkongsian tentang selawat tersebut mendapat perhatian ramai, Syuhada sangat bersyukur dan sempat meminta netizen mendoakan dia serta suami dikurniakan zuriat kelak.

Advertisement

Selawat versi muzik lebih mudah diingati

Buat yang pertama kali mendengar tentang selawat ini, bacaannya dalam bentuk muzik oleh kumpulan nasyid terkenal, UNIC mungkin boleh dijadikan panduan awal memandangkan alunan lagu lebih mudah diingati oleh minda manusia.

Advertisement

Sumber : Twitter Syuhadaaalwi dan Inteam Digital

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram