Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika orang tua lain, mereka mungkin gembira dapat berehat setelah bertahun-tahun bekerja. Lebih menggembirakan, jika sudah mempunyai anak-anak yang cukup mampu untuk menyara kehidupan mereka. Namun, tidak bagi seorang warga emas yang tular di Thailand baru-baru ini. Nenek ini terpaksa bekerja keras dalam serba kekurangan demi menyara kehidupannya.Â
BACA:Â Semua Nak Diarabkan, Cubaan Nenek Bubuh Nama Hipster Buat Cucu Lawak Habis!
Menurut Halaman Facebook I AM EAT, nenek itu sudah berusia 71 tahun dan hidup sebatang kara di dunia ini setelah ibu saudaranya sudah tiada. Lebih menyayat hati, warga emas itu juga tidak boleh melihat seperti orang lain tetapi masih kental bekerja menjaja roti setiap hari untuk menampung kehidupan seharian.Â
Jual roti sendirian
Mengikut warga emas yang selesa dipanggil Aunty Nid, dia akan membuat tempahan roti daripada pembekal sebelum menjual roti tersebut secara sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa. Malah, untung yang dia dapat daripada setiap jualan roti hanyalah RM 0.68. Itulah sumber rezekinya setiap hari.
Selalu ditipu
Nenek ini juga mendedahkan bahawa dia sering sahaja ditipu oleh pelanggan. Maklumlah, dengan keadaannya yang tidak dapat melihat, dia tidak mempunyai kudrat untuk menghalang perkara tersebut daripada terjadi.Â
Perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi buat semua. Semoga kita dapat menjadikan kisah warga emas ini sebagai contoh untuk bekerja lebih keras selagi hayat masih ada.Â