Utama Berita Semasa Dihalang Security Guard, Nenek Sorok2 Suap Cucu Makan Dari Tepi Pagar Sekolah

Dihalang Security Guard, Nenek Sorok2 Suap Cucu Makan Dari Tepi Pagar Sekolah

Siapa yang tak sayangkan ahli keluarga sendiri? Di penghujung usia sebegini, seorang nenek tentu berasa seronok melihat cucu-cucu mereka membesar di depan mata. Kadang-kadang, ada kanak-kanak yang lebih rapat dengan nenek daripada ibu bapa mereka sendiri. Begitulah gambaran kasih sayang seorang nenek kepada cucu. Baru-baru ini, dua keping gambar memaparkan seorang nenek menyuap cucunya makan di tepi pagar sekolah telah tular di Facebook. 

BACA: Biarpun Selalu Ditipu, Nenek OKU Ini Tetap Kental Jual Roti Di Usia 71 Tahun

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Anee Hamid telah berkongsi semula status yang dijumpai di laman sosial berkenaan. Dalam penulisannya, dia berasa terharu melihat kasih sayang seorang nenek yang sanggup datang ke sekolah terbabit setiap kali waktu rehat berjumpa dengan cucunya. 




Gambar sekadar hiasan

Suap cucu makan tepi pagar sekolah

Tambah menyentuh perasaan, nenek itu difahamkan telah datang ke sekolah berkenaan membawa bekal buat cucunya setiap hari. Terbaharu, foto nenek tersebut menyuap makanan kepada cucunya di tepi penghadang dawai besi sekolah itu telah mengundang sebak dalam hati netizen. 

Dihalang oleh pihak security

Difahamkan, warga emas berkenaan terpaksa berbuat tindakan sedemikian kerana dihalang oleh pengawal keselamatan untuk masuk ke dalam sekolah tersebut. Mungkin dah peraturannya sebegitu, tetapi kegigihan nenek ini untuk terus menghantar makanan buat cucunya setiap hari tidak pernah luntur. 

Sumber: Facebook Anee Hamid & OhMyMedia




Artikel Popular