Utama Gaya Hidup Semua Nak 'Diarabkan', Cubaan Nenek Bubuh Nama Hipster Buat Cucu Lawak Habis!

Semua Nak ‘Diarabkan’, Cubaan Nenek Bubuh Nama Hipster Buat Cucu Lawak Habis!

Pemilihan nama anak semestinya menjadi perkara asas selepas sahaja melahirkan bayi. Perkara ini amatlah penting kerana nama tersebut akan menjadi identiti seseorang sehingga hujung hayat. Dengan sebab itu, anak-anak perlu diberikan nama yang elok dan indah bersesuaian dengan jantina masing-masing. Bagaimanapun, tugas ini tidak mudah kerana kadang-kadang ada campur tangan daripada anggota keluarga yang lain. Contohnya, kisah seorang wanita ini yang mendapat cadangan daripada ibunya tentang pemilihan nama anak. 

BACA: [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak

Gambar sekadar hiasan

Segalanya bermula apabila seorang wanita yang menggunakan nama akaun @ptr_zzh berkongsi satu screenshot  di ruangan Twitter miliknya. Dalam paparan skrin tersebut, wanita ini diajukan soalan daripada seorang ibu tentang beberapa nama yang dicadangkan oleh nenek kepada anak yang baru dilahirkan. Namun, kesemua nama yang dicadangkan itu ternyata bukan biasa-biasa.

Nenek zaman sekarang.. zanjabeela, kukurma, kelanjan

Mungkin sengaja untuk menampakkan hipster atau sebagainya tetapi nenek ini telah mencadangkan beberapa nama yang sedikit ‘rare’ dan jarang digunakan oleh ibu bapa yang lain. Malah, ianya juga ada menggunakan campuran arab yang kedengaran agak janggal. 




“Zanjabeela tu maksudnya halia”

Tambah menghiburkan kerana nama berbahasa arab yang dipilih oleh ibu kepada wanita tersebut dianggap bagus untuk penyembuhan. Ternyata, selepas diselidik rupanya nama tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa jenis tumbuhan dan herba. 

Posting ringkas ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya terhibur dan tidak menyangka bahawa seorang nenek akan memberikan nama seperti itu. Conversation antara seorang ibu dan ustazah ini telah mendapat lebih 3 ribu retweets dan lebih 1 ribu likes setakat ini. 

Sedapnya nama kukurma 🤣🤣

Sumber: Twitter ptr_zzh

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI