Berita Semasa

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Sharing is caring!

Sejak hujung tahun lepas, penularan wabak COVID-19 sekelip mata sahaja telah mengubah cara kehidupan masyarakat dunia. Bilangan individu yang telah dijangkiti hampir mencecah 380 ribu secara global manakala Malaysia merekodkan 1,624 orang menurut KKM (setakat 24 Mac). Sesungguhnya musibah jangkitan ini langsung tidak mengenal siapa pun sebagai sasarannya, baik yang tua mahupun muda.

BACA: Ayah Terlantar Lama Sebab Kanser, Kini Tanggung COVID-19 Lepas Tabligh Merayau

Bayi 2 tahun merupakan antara individu terbaru positif COVID-19

Semalam, seorang kanak-kanak yang baru sahaja mencecah usia 2 tahun 4 bulan pula dikhabarkan menjadi antara individu terbaru positif COVID-19 di negara ini. Menerusi satu posting di halaman Facebook rasmi mereka, Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) mengesahkan tentang status bayi bernama Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee ini.

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Hidap kanser leukemia juga..disahkan waktu buat kimoterapi

Lebih menyayat hati lagi, adik Muhammad Fateh juga sebenarnya merupakan seorang penghidap kanser leukemia. Difahamkan si comel ini sepatutnya menjalani kitaran kimoterapi mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, tetapi ujian perubatan mendapati dia telah dijangkiti virus pandemik tersebut.

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula
Gambar sekadar hiasan

Risau penghidap kanser kena…terpaksa lawan 2 ujian pada 1 masa

Kisah yang sangat meruntun jiwa itu telah mendapat perhatian ramai pihak hingga meraih lebih 600 jumlah perkongsian setakat ini. Selain mendoakan agar si cilik tersebut tabah menghadapi kedua-dua masalah kesihatan kronik berkenaan, netizen juga berharap agar Fateh diberi kesembuhan seperti kanak-kanak seusianya.

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Sumber: FB Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona & Twitter redzuanNewsMPB

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Besarnya Dugaan, Bayi Hidap Kanser Leukemia Kini Sah Positif COVID-19 Pula

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram