Artis Gaya Hidup Hiburan

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Sharing is caring!

Macam-macam ragam orang ramai di laman media sosial terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Daripada resepi kopi viral serta menyahut cabaran TikTok hinggalah menghias bilik menjadi ala-ala space ship, siapa kata duduk di rumah tidak produktif? Sama juga seperti seorang selebriti yang dikenali sebagai Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri.

BACA: Ada Netizen Pertikai Usaha KKM, Doktor US Puji Usaha Malaysia Handle COVID-19

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Nyanyi lagu mendiang Kenny Rogers

Sebuah video yang dikongsi di laman Twitter merakamkan pelakon filem ‘Zombie Kampung Pisang’ itu sedang menyanyi sebuah lagu mendiang Kenny Rogers. Disebabkan rasa bosan duduk di rumah semasa minggu PKP ini dia mendendangkan lagu bertajuk ‘Lady’ yang juga kegemarannya. Selain itu, dia turut berseloroh bahawa lagu berkenaan khas buat followers wanita sahaja. Tambahnya lagi, lagu ciptaan Lionel Richie yang dinyanyikan itu hanyalah versi separuh sahaja.

Ingatkan Tony Stark

Walau bagaimanapun di ruangan replies netizen tidak menumpukan perhatian kepada nyanyiannya, malah rata-rata mereka memberikan komen tentang rupa Usop. Majoriti netizen terkejut dengan penampilannya yang menyerupai sebuah karakter filem iaitu Iron Man atau Tony Stark. Akan tetapi, ada juga pihak yang terhibur dan memuji bakatnya itu. Selain itu, Usop juga kelihatan rajin membalas beberapa komen yang ditinggalkan oleh peminatnya.

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Sumber: Twitter Usop Wilcha 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pandai Betul Usop Wilcha Nyanyi, Penampilan Terkini Pun Ala-Ala Tony Stark

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram