Kalau membaca kisah-kisah rumah tangga pada zaman sekarang, kita sendiri boleh jadi paranoid dan mempunyai sikap sukar mempercayai sesiapa. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya hanya menunjukkan rupa sebenar selepas selamat bergelar suami isteri. Meskipun kita selalu mendengar istilah bercinta selepas berkahwin lebih indah, malangnya tidak semua mempelai diberikan nikmat untuk merasai kemanisan tersebut.
BACA :Â 7 Tahun Bercinta Akhirnya Terputus, Azab Nak Move On Sampai 3 Tahun Lamanya
Orang terbuka untuk tunjuk siapa diri dia
Menjengah ke Twitter seorang lelaki bernama Zamir Mohyedin, nampaknya dia sempat berkongsikan pandangan tentang hal tersebut. Melihat kepada perspektif lelaki ini, dia pula bersetuju dengan pendekatan bercinta sebelum kahwin kerana lebih selamat. Apalagi sepanjang tempoh percintaan tersebut, kedua-dua pihak mempunyai peluang untuk memerhatikan sedalam-dalamnya perangai sebenar masing-masing. Andai kata wujud pergaduhan sepanjang fasa berkenalan, ia adalah sebuah petanda yang sangat positif.
Kalau bercinta tunjuk baik-baik je, hubungan tak jauh
Mengapa dikatakan bergaduh dan bertekak semsaa bercinta adalah proses yang baik? Sebenarnya dari situlah kita menemui identiti masing-masing dalam berdepan masalah. Tahap kematangan dan bahasa pertuturan yang digunakan oleh teman istimewa dapat kita perhatikan, adakah dia baik atau sebaliknya? Bagi Zamir sendiri, dia bercinta dengan isterinya selama 3 tahun sebelum mendirikan rumah tangga. Maka apabila mereka berdua berselisihan faham, cara mengatasi masalah itu sudah berada dalam genggaman.
Sumber : Twitter Zamir Mohyedin