Utama Artis Bengang Dihentam Gara-Gara Video 'Menantu Derhaka’, Isteri Sufi Bagi Warning!

Bengang Dihentam Gara-Gara Video ‘Menantu Derhaka’, Isteri Sufi Bagi Warning!

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ibu kepada juara Akademi Fantasia (AF2015) iaitu Sufi Rashid mendakwa menantunya yang bernama Nurulain Md Yusof melarikan diri ketika berada di atas pelamin. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh ibu Sufi menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya sehingga mendatangkan rasa kurang senang ramai.

BACA : “Bukan Tak Hormat..” – Ibu Kesal Sikap Menantu, Sufi Dedah Cerita Sebenar!

Namun, Sufi telah membuat penjelasan mengapa suri hatinya itu bertindak sedemikian rupa terhadap ibunya ketika resepsi perkahwinan sedang berlangsung. Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa Ain sendiri sudah lama bersabar dan memendam perasaan tentang semua krisis yang dilaluinya selama ini.

Disebabkan isu itulah, Ain dihentam hebat oleh para netizen apabila rata-rata mereka melabelkan dirinya sebagai ‘menantu derhaka’ dan ‘kurang ajar’ sehingga laman media sosialnya juga menjadi target. Terbaru, wanita ini telah berkongsikan screenshot di instastory memaparkan beberapa individu yang dilihat menitipkan komen dan mesej berbaur hinaan.




Terkesan dengan segala kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak netizen, nampaknya pihak Ain sendiri nekad mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan hal berkenaan. Tindakan ini bukanlah bermakna dia takut, namun keputusan itu dilakukan gara-gara benteng kesabarannya yang sudah ‘roboh’.

Padam bukan sebab aku takut dengan kau, aku sudah screenshot semuanya..

Biar pihak berkuasa buat kerja mereka. Saya tak cakap apa-apa sejak hari pertama lagi, tapi mulut korang macam apa je! Sekarang, tunggu dan lihat!

Inikan menantu derhaka?

Bukan sahaja isterinya, Sufi juga menerima direct message (DM) daripada individu tidak dikenali yang mengatakan isterinya itu seorang ‘menantu derhaka’ rentetan isu tersebut.

Sumber : IG Nur Aen , Sufi Rashid




Artikel Popular