Utama Viral Pernah Gagal Exam 18 Kali, Pemuda Tetap Semangat Kejar Cita-Cita Jadi Peguam!

Pernah Gagal Exam 18 Kali, Pemuda Tetap Semangat Kejar Cita-Cita Jadi Peguam!

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal buat selamanya. Namun sebenarnya, kegagalan itulah yang menjadi titik mula dan pemangkin bagi seseorang itu untuk terus bangkit memajukan diri dalam mencapai cita-cita. Itulah yang dapat digambarkan dengan perkongsian seorang pemilik akaun Twitter bernama Rafiq Izzat apabila dia mendedahkan pernah gagal sebanyak 18 kali dalam peperiksaan demi mengejar kerjaya sebagai peguam.

BACA : “Gembira Gila..” – MK K-Clique Dedah Jadi Rapper Sebab Nak Sara Keluarga Di Sabah

Saya pernah gagal 18 kali sampai akhirnya tamat pengajian

Menurut tweet yang ditulis, dia merupakan seorang pelajar yang lemah ketika menuntut di sekolah undang-undang. Jelas Rafiq, dia telah gagal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali untuk kertas ujian tertentu.

Tapi semakin banyak saya gagal, saya lebih mengingati subjek itu dengan mendalam walaupun terpaksa mengambil masa selama 11 sem untuk menghabiskannya.

Bukan slow learner tapi tak dapat sesuaikan diri

Menerusi portal mStar, Rafiq memberitahu bahawa dia menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM Shah Alam pada tahun 2013. Namun, pemuda berusia 25 tahun ini menjelaskan dia tidak didiagnosis sebagai lembam sebaliknya hanya mengambil masa untuk mempelajari sesuatu subjek di universiti.




Kredit Foto : mStar

Kawan-kawan dah habis belajar, beri tekanan buat saya

Tambah anak jati Kuantan ini lagi, kegagalan sebanyak 18 kali itu menyebabkan dia terpaksa melalui tiga lagi semester tambahan (11 semester secara keseluruhan) untuk tamat pengajian.

Pernah memandu & rasa nak rempuh kereta arah bertentangan

Dalam pada itu, Rafiq memberitahu dia nyaris digugurkan dari pengajian selepas gagal subjek yang sama sebanyak 3 kali berturut-turu. Namun, dia masih bersyukur kerana diberi peluang kedua sejurus membuat rayuan. Kegagalan itu juga tidak pernah membuatkan anak sulung daripada 4 beradik ini berputus asa untuk mengejar cita-cita sebagai peguam suatu hari nanti.

Kredit Foto : mStar

Kemahuan nak jadi peguam sejak sekolah rendah

Malah ahli keluarga dan pensyarah antara yang memberi kekuatan kepada dirinya supaya berusaha sehabis baik untuk menamatkan pengajian. Dia turut menjadikan kebanyakan pemimpin dan tokoh negara yang berlatarkan pendidikan dalam bidang undang-undang sebagai inspirasi. 




Kalau jatuh 7 kali, kali ke-8 kena bangun

Akhirnya, Rafiq menamatkan pengajian pada tahun ini dan sudah memulakan kerjaya sebagai pelatih dalam kamar sebelum menjadi peguam.

Sumber : mStar

Artikel Popular