Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..

3rd August 2019
in Berita Semasa
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
638
SHARES
3.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak Rabu lepas, nama Allahyarham Zulfarhan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Datuk Azman Abdullah telah memerintah seramai 18 tertuduh yang juga merupakan pelajar UPNM untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie berkenaan insiden terbabit. Rentetan daripada itu jugalah, bermacam tanggapan atau spekulasi negatif telah dilemparkan oleh netizen terhadap institusi berkenaan.

BACA: “Berapa Gaji DJ Radio? Masyuk Semacam Je Dapat Bercuti Macam Datuk Datin”

Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..

Terpanggil untuk memperbetulkan semula persepsi masyarakat terhadap dunia ketenteraan, seorang lelaki bernama Raeiz Hamed baru-baru ini ada berkongsi pandangannnya yang tersendiri selaku bekas tentera. Ikuti video di bawah ini.

Pandangan sudut berbeza oleh bekas tentera

Insiden ini bukan ragging atau budaya askar (minit 1:05 – 3:25)

Menurut bekas anggota TUDM tersebut, dia tidak menafikan bahawa terdapat hukuman tertentu atau corrective punishment yang diamalkan oleh para pegawai serta jurulatih kepada pelatih kadet sebagai pengajaran apabila mereka melakukan kesalahan. Namun menerusi kronologi insiden ini ianya bukanlah disifatkan sebagai ragging, tetapi lebih kepada suatu bentuk pergaduhan antara beberapa orang pelajar yang sama ‘batch’ dan Allahyarham tidak meIawan dalam kejadian tersebut.

Strength tak cukup…macam mana boleh lepas? (minit 3:26 – 6:15)

Namun begitu, Raeiz Hamed berasa musykil apabila para jurulatih yang bertugas tidak dapat mengesan ketiadaan Zulfarhan ketika itu. Ujarnya, taklimat ‘roll-call‘ adalah amalan yang dilakukan hampir setiap masa demi memastikan kehadiran atau strength para pelatih sentiasa sempurna. Dia mempersoalkan integriti pihak yang sepatutnya memeriksa kedatangan dengan teliti, selain mengambil tindakan susulan sekiranya mendapati bilangan mereka tidak cukup. Pun begitu, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa para suspek telah berjaya mengaburi mata jurulatih sewaktu sesi tersebut.

Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..

Pihak Tertinggi kena buat sesuatu tentang pengurusan (minit 6:36 – 6:55)

Bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi, Raeiz menyeru agar pihak tertinggi universiti berkenaan agar mengambil serius dalam memantapkan lagi sistem pengurusan. Dalam pada itu, dia turut mendoakan agar sesi perbicaraan insiden yang menimpa Allahyarham Zulfarhan terus berjalan lancar dan semoga pihak keluarga memperoleh pembelaan yang sewajarnya.

Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..

Sumber: YouTube Raeiz Hamed

Tags: bekasberbezabudayapendapatraggingtenteraupnmviralzulfarhan

Related Posts

Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Artis

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

21st March 2023
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Berita Semasa

Teruja Naik Kereta Api, Anak-Anak Istimewa Diraikan Hari Pertama Persekolahan

21st March 2023
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Berita Semasa

Hampir Dibawa Arus, Usaha Lelaki Ini Hantar Makanan Ke PPS Undang Sebak

2nd March 2023
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..
Artis

“Jika Sekiranya Diam Itu Bijak Lakukanlah” Post Isteri Nd Lala Cetus Persoalan

2nd March 2023
Next Post
Bekas Tentera Kongsi Pandangan Dari Sudut Berbeza Mengenai Insiden Zulfarhan..

Sanggup Menjanda Demi Elak Suami Baran, Tapi Si Anak Pula Buat Perangai Sama!

hazimayu89

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)